Thursday, December 30, 2010

USAH BERANDAI-ANDAI


“ Masa itu ibarat aliran sungai. Tetap sahaja mengalir, biarpun disekat. Sekali mengalir pergi, tidak akan kembali lagi ”


“ Masa itu punya rentak. Gagal mengikutinya, kita akan tersilap langkah dan tersesat “


Hidup ini suatu Pertarungan. Yang Kuat adalah juara. Terus melangkah penuh yakin, kerana hidup berTuhankan Allah. Sang Pemberi Petunjuk dan Kekuatan. Sentiasa Husnu Zon(bersangka baik) pula pada TuhanNYA. Kerana meyakini, setiap kejadian itu punya hikmah disebaliknya. Yang hanya dapat dibuka hijabnya oleh mereka yang sentiasa Husnu Zon pada tuhannya. Makanya, hatinya sentiasa tenang. Dan fikirannya sentiasa lapang.


Yang lemah akan ditinggalkan. Terus beralasan seribu, senang pula berputus asa. Sering persalahkan diri, tidak pula membuka ruang untuk perbaiki diri. Ibarat hidup tidak lebih dari fantasi yang penuh dengan ‘Dunia Kalau’. Tidak sanggup pula berpijak pada Realiti. Kerana padanya tiada istilah berKalau. Mereka yang berkalau lemah Imannya. Tiada yakin akan KetentuanNYA. Dan hidup seharian penuh penyesalan dan bersalut pula resah yang menghantui. Sedarilah, Tiada manfaat hidup berkalau. Hanya derita batin, penyeksa fikiran dan beban fizikal.


Usah berkalau, jika masa lalu dibiar pergi tanpa manfaat. Jangan berkalau dengan mengharap diberi ruang waktu. Tatkala waktu lapang disia-siakan. Jangan berkalau meminta kesihatan yang baik. Tatkala disaat waktu sihat tidak di Infaqkan pada JalanNYA.


“Usah disalahkan TakdirNYA. Tetapi silapnya pada Tadbirmu”


Mereka yang Faham akan aturan dan tujuan hidup, terus memandang kehadapan. Bersiap sedia dan meletak harap padaNYA. Hanya berketika memandang kebelakang. Tidak lebih sebagai Muhasabah dan penambahbaikan hidup.


Kita adalah makhluk yang terpilih. Sebagai Hamba yang sentiasa taat dan berabdi padaNYA. Dan sebagai Khalifah yang menjaga AgamaNYA dan melaksanakannya. Jadi, kita diberi hak untuk merancang dan mengatur hidup. Maka terserahlah. Sama ada merancang untuk kejayaan ataupun kegagalan. Yang pasti, tidak berandai-andai selepas pilihan dibuat.

Tuesday, December 28, 2010

KEKURANGAN SATU KELEBIHAN



Buat yang sedang diuji…


Bukan simpati ingin kuhulurkan tetapi empati sebagai khidmat. Kerana kekadang simpati itu menyakitkan. Terasa terhina dan terpinggir. Sebaliknya empati pula sebagai khidmat. Kerana empati itu Sinergi. Ia lebih memahami dan membantu. Cumanya empatiku tidak kesampaian. Kerana di sana banyak halangan yang menentang. Maaf.


Perlu diingat dan sentiasa dihangatkan.


“Hikmah itu tidak akan sesekali tersingkap selagi ada Prasangka Buruk pada Allah”


Allah tidak menilai kepada tahap kejayaan mu. Akan tetapi nilaian Allah itu terletak pada usahamu. Usaha berterusan yang maksima, mengharap Redha dariNYA dan tiada putus asa pada RahmatNYA.


Ujian itu satu Tarbiyah. Satu medan pendidikan. Usah dikeluh berpanjangan, kerana ia satu AnugerahNYA. Tanda CintaNYA pada kita. Sabar, Redha dan Husnu Zon kita buat harga CintaNYA.


“Terus Melangkah dan Terus Berjuang”


Usah diratapi jika diri kita tidak dihargai. Tetapi awas, jika diri kita tidak lagi berharga. Usah ditangisi jika diri tidak difahami ramai. Tetapi waspadalah jika diri tidak memahami akan Tujuan Hidup. Jangan berontakan tika diri diselebungi serba kelemahan. Tetapi usah dibiar diri menyesal lantaran gagal menghargai kelebihan yang ada.


Sejujurnya coretan-coretanmu mampu membuat ramai tersenyum. Sungguh. Biarpun hanya pada Setitik Dakwat.


Senyumlah dan Berdoalah padaNYA. Moga senyuman yang pahit dan kusam kembali manis dan menyenangkan.


“For The Sake of Allah and Islam. Be Strong, Never Give Up and Look Forward ”

Saturday, December 25, 2010

AKU SEPERTI ITU?


‘AKU’. Di sini tidak hanya merujuk kepada batang tubuh aku secara tunggal. Malah, ia suatu nama yang mewakili bagi yang turut mahu merasai diri sebagai AKU. Turut membaca dan memahami. Di akhirnya nanti, mungkin aku adalah AKU seperti itu. Mungkin juga tidak.



ALASAN

AKU pakar dan lincah dalam mengelak dan menepis. Bukan tidak tahu dan mampu. Cumanya tidak mahu. Seribu Alasan sudah direncanakan bagi setiap satu Arahan. Hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan. Arahan sesekali tidak diendahkan. Kerana Alasan mahu dirajakan. Arahan besar dan penting terasa kecil dan leceh. Kerdil dan terpencil jika dibandingkan dengan Alasan yang telah terciptakan. Alasan telah diciptakan semalam bagi Arahan hari ini.


Hanya Bijaksini menangguk hasil jangka pendek. Namun, tidak Bijaksana meraih faedah jangka panjang.



Tahniah dan tahniah. Kerana sehingga kesaat ini AKU masih Istiqamah dalam beralasan. Tembelangku masih utuh. Tidak siapa yang tahu AKU ini sedang beralasan. AKU masih selesa beralasan, biarpun insan lain pula yang terpaksa menanggung lantaran Alasanku. Tidak terdetik rasa bersalah padaku, bahkan selesa kerana ada yang sudi menanggung kerja-kerjaku.



AKU itu, tidak akan jauh melangkah. Rebah tersungkur sebelum pengakhiran. Mengalah sebelum mencuba. Tidak diberikan peluang kepada diri untuk mencungkil potensi sebenar. Lantaran culas dengan alasan yang direka-reka. Seringkali resah dan tidak akan puas. Diseksa dengan alasan yang bersedia memakan tuan. Kerana pada Alasan; tuannya sudah dianggap hamba. Bergantung total padanya. Tiada hidup tanpanya. Kerana AKU itu sudah serasi dan sebati dengan Sang Alasan.




“HIDUP ZERO ALASAN”

Friday, December 17, 2010

SAAT LAFAZ SAKINAH


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda




Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya







Dulu esakannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya




Ku akur

Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



********

"BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR"


" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


“ Ya Allah, sesungguhnya hati mereka ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara mereka ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati mereka ini. Engkau tunjukkanlah mereka jalan hidayahMu,

sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~


********

Tahniah kepada Akhi Habeeb Yousree Bin Syeikh Youseff Al-Fathee &

Sharifah Norelina Binti Syed Yussof



Jumaat, 17 Disember 2010

Batu Caves, Selangor



Friday, December 10, 2010

COMPLETE & UNCOMPLETE HOMEWORK


Bermula tanggal 16/11 hingga ke saat ini, kira-kira lebih 3 minggu aku berHoliday. Hooreeyy!!!


Apa yang pasti, telah aku tekadkan azam agar senggang waktu kali ini biar lebih Bermanfaat dan Bermakna. Biar meninggalkan bekas yang mendalam dan jejak yang boleh dijejaki. Makanya, aku telah menetapkan beberapa HOMEWORK yang perlu di sempurnakan dalam suatu tempoh.


“NO HIBERNASY, NO OVER REST, NO WASTING TIME, NO OVER LEMAK”



COMPLETE HOMEWORK


-Berbakti dan luangkan waktu bersama Bonda. Begitu banyak detik-detik yang indah tika bersama bonda. Peluang meraih Redha Allah melalui Redha Bonda. Pintu ‘Pembaktian’ terbuka tiap detik. Biarpun hanya pada bermanis muka. Dikira ‘Berharga’ di sisi Allah. Hati terasa teramat nyaman dan kondisi kesihatan pula amat stabil sepanjang berdamping dengan Bonda. Inilah Keberkatan dan Hikmah yang dikurniakan Allah buat Insan yang bergelar IBU. Subhanallah…


-Menziarahi ‘Pusara Ayahanda’. ALFATIHAH buat Allahyarham Hj Wan Ismail b Wan Mahmood. Moga2 Ayahanda ditempatkan bersama Orang2 Soleh, awliya’,Syuhada’ dan Para Nabi. AMIN


-BerUsrah bersama Sahabat2 Kampung.




-Pengijazahan Angkatan Kedua Seni Gerak Batin(Silat al-Fatih) dan menghadiri Ijtima’ Haylalah.


-Mengisi Rohani dengan pelbagai siri2 Kuliah dan Talaqi Kitab.


-Pengijazahan ‘Spaghetti Ala Cape Town’, ‘Kek Coklat’ dan ‘Kek Batik’. TQ to My Sisters.


-Menghadam buku-buku yang terpilih




UNCOMPLETE HOMEWORK


-Bergotong-royong dalam mendirikan ‘PASTI’ baru di kampungku. Berjarak hanya kira-kira 200 meter dari rumahku. Tidak dapat bersama kerana menemani Bonda ke KL.




-Expedisi bersama Bonda ke rumah abang2 & kakak2 di Area Selangor. 5 Sumenye. Hanya satu rumah sahaja yang sempat aku temani Bonda. Yang pasti kini, Bonda sedang ‘Makan Angin’ bersama Kakak sekeluarga di Penang. Wah bestnya…tapi tak dapat join, cuti da nak abes. Jadinye aku pula ‘Terbuang’ di UIA.


-Proses menggiatkan ‘pembiakan komposisi‘ tubuh badan. Hanya mencapai 3/10kg yang ditarget. 30% achieved!


-Tasmi’ kembali Ayatul Quran (hanya berkesempatan tasmi’ 6/9 juzuk). InsyaAllah, dipermudahkanNYA dpt disempurnakan selebihnya di UIA. Aku meletakkan Target 15 Juzuk dihafal sebelum Grad.




-Merisik dan Melamar. Alhamdulillah pada awalnya berjalan lancar. Namun di pertengahan jalan, sekali lagi atau ketiga kalinya terpaksa menelan liur yang pahit, hati merintih lagi dan membujuk diri agar terus percaya bahawa:


“Kita Merancang, Allah juga Merancang. Dan Allah sebaik2 Perancang. Takdir Allah mengatasi Tadbir Hamba2NYA. Teruskan Usaha, Doa, Tawakkal dan Redha

q(@O@,)p


“MEMANFAATKAN DAN MEMAKNAKAN DETIK WAKTU”



Rijal88

IIUM GOMBAK

10 Disember 2010

1.00 AM

Sunday, December 5, 2010

KANAK2 RIBENA & SPAGHETTI



Alhamdulillah, semalam selamat tiba di wilayah Selangor, atau lebih tepat lagi Puncak Alam. Penerbangan bersama ‘Insan Teristimewa’, Bondaku Tercinta, memakan masa lebih kurang 40 minit. Banyak Berkat dan Hikmahnya berkelana bersama Bonda, antarenya All The Cost Are Fully Supported by Bros n Sis..ngeee~*(tp itu bkn tujuan utamanya).


Seperti biasa, Konflik Perebutan 4 Penjuru berlaku. Yang pasti bukan perebutan Takhta, Harta dan Wilayah. Tapi, perebutan Bonda, yang tunggal. Pelbagai tawaran dan pakej2 istimewa yang memikat ditawarkan. Haha, harapnya kalian dapat berlapang dada yer, agreement is agreement. Berbalik kepada persetujuan asal.


“First Chop, first Turn”


Yang pastinye aku masih terkial-kial dan berkelana. Belum berumah. Juga belum berumah tangga. Hanya mengikut Bonda kemana-mana.


KANAK-KANAK RIBENA


* Nurul Iffah & Nurul Natheema

Baru separuh hari menjadi Kanak2 Sitter sudah memenatkan. Bagaimana pula tanggungjawab sepenuh masa? Amanah yang pasti, buat yang mengerti.


Baru ku sedar, semenjak 1-2 tahun kebelakangan ni, minatku pada kanak-kanak semakin kuat. Anugerah yang dikurnia buat setiap insan. Jadi, tiada lagi Pok Su yang berwajah menakutkan, unfriendly dan sukar diajak bermain. q(*O*,)p



* Nurul Natheema, English kamu lebih baik dariku. Terpaksa akur. Tapi pelat kamu masih bau2 Afrika. Manakan tidak, 3-4 tahun lahir dan membesar di sana.


Tahniah kanak2 ribena, kalian telah berjaya menambahkan lagi koleksi parut diwajah Pok Su, yang memang sedia menjambu. :-P


Suka bersama kanak-kanak. Amat mendamaikan, tiada rusuhan di jiwa, tiada ributan dihati dan terasa perlahan diri dirawat dengan sifat sabar, lemah-lembut dan sayang. Secara jujur, jauh di sudut hatiku mahu segera menimang cahaya mataku sendiri. Namun, ternyata masih gagal menunaikan hak buat anak-anak, iaitu mencari Ibu yang Solehah, buat ketiga kalinya. :-)


Takdir Allah mengatasi Tadbir makhlukNYA. Percayalah, Ketentuan dan Pilihan Allah adalah yang paling terbaik buat hamba-hambaNYA. Sungguh, HikmahNYA amat meluas. Hanyasanya kemampuan hamba2NYA yang terbatas bagi menerokainya.

**********

Pada kondisiku kini, amanah semakin bertambah. 26 orang anak2 buah(InsyaAllah bkl brtmbh lagi 2org) daripada pelbagai golongan. Bermula di awal kelahiran, peringkat tumbesaran, sekolah rendah, remaja hinggalah di alam kampus yang menjengah kedewasaan.


Tidak begitu mudah. Tetapi tidak mustahil.


SPAGHETTI ALA SOUTH AFRICA



Hoho, hari ni sempatku belajar resepi baru daripada kakakku. Spaghetti ala South Africa. Mahu segera membikinnya sendiri di Mahallah(asrama). Sebagai sajian istimewa buat sahabat2 dan melihat reaksi yang pelbagai dari mereka. Di hometown pula, sempat mempelajari cara2 membuat Kek Coklat dan Kek Batik.


Erm, tengok makanan ingat sahabat2. Teringat detik bersama makan dalam talam. Percikan Ukhwah biarpun hanya pada sebuah talam. Talam sebagai medan pemupuk rasa Ithar(mengutamakan shbt) dan Tadhiyyah(pengorbanan). Dan bukannya berkonsepkan, siapa cepat dia boleh makan lebih atau siapa lambat perlu basuh talam.



“UKHUWAH ITU TIDAK HANYA PADA UCAPAN. MAKA, BUKTIKANNYA MELALUI PERBUATAN DAN IRINGAN DOA SELALU. DAN BERSAHABATLAH KERANA ALLAH.”

Followers

 
Powered by Blogger.