Followers





MUHASABAH


Alhamdulillah segala puja dan puji yang selayaknya di panjatkan kepadaNYA.


Seraya menjejakkan kaki di Bumi UIAM Gombak, Amanah yang bertimbun setia menanti  untuk di penuhi akan Hak-haknya. Antara keutamaan dalam mempertimbangkan di antara maslahah yang lebih besar,menjadi neraca perhintungan. Baik dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi dalam tindakan.


Menjadi pemimpin bukanlah sesuatu untuk dibangga-bangga. Bukan suatu pangkat dan kedudukan  yang tinggi, yang menjadi impian sepanjang masa. Bahkan ia sebagai beban yang di minta untuk di pertanggungjawabkan. Di Sini apatah lagi di Sana. Yakni menunaikan setiap Inci Kewajipan bagi memenuhi segala Hak yang menjadi Tuntutan. Alhamdulillah masih ada sahabat-sahabat yang sudi menegur kesalahan yang di lakukan, malah ada yang sudi menghulurkan tangan demi melaksanakan amanah bersama. Kata-kata Umar bin Abdul Aziz menjadi peringatan akan Amanah yang di pikulkan:


“Demi Allah! Aku berasa takut sekali duduk di atas singgahsana ini (menjawat jawatan khalifah), jika memang yang duduk di atas singgahsana ini bukan orang yang layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku serahkan kekuasaan ini kepada yang berhak untuk menerimanya. Tetapi aku hanya boleh bersabar sehingga Allah menentukan pilihan dan ketentuanNYA”



MENERUSKAN  LANGKAH  DEMI  LANGKAHAN



Allah sentiasa menduga dan menguji hamba-hambaNYA. Demi menentukan siapakah yang selayaknya mendapat Al-Falah. Ia suatu anugerah sebagai pengiktirafan tertinggi Allah buat hamba-hambanya yang menjadi pilihanNYA. Sesungguhnya Kanvas Kehidupan ini di ciptaNYA demi menguji kita, sama ada kita layak meraih RedhaNYA sekaligus memperolehi  Nikmat Syurga sebagai GanjaranNYA. Ataupun mendapat MurkaNYA yang melayakkan kita ke Lembah JahannamNYA sebagai Hukuman.


Maka istiqamahlah dalam menunaikan kewajipan kepadaNYA, tanpa rasa lelah dan jemu. Kerana kan pasti Nikmat dan Hikmah akan ketemu. Tetapkanlah Matlamat Utama sebagai HambaNYA dan KhalifahNYA. Pasti segenap hati, perasaan dan pancaindera mengarahkan kita ke arah kebaikan dan mencegah akan kemungkaran yang tercela. Tetapkanlah Azam Yang Tinggi. Demi melakar kecemerlangan hidup ini dan kejayaan selepas alam kematian. Manfaatkanlah hidup dalam segenap ruang yang ada. Dan maknakanlah perjuangan dalam setiap peluang yang terbentang luas. “Memaknakan Hidup, Memaknakan Perjuangan”. Demi Matlamat yang satu, Destinasi yang satu.


“Ketahuilah, bersama kamu ada malaikat utusan Allah yang menjaga kamu; ia tahu apa yang kamu kerjakan, saat kamu dalam perjalanan dan saat kamu di dalam rumah kamu. Oleh itu, kamu hendaklah malu kepada mereka. Baguskanlah persahabatan kamu dengannya. Jangan kamu sakiti mereka dengan melakukan maksiat kepada Allah dan kamu menyangka bahawa kamu berada di jalan Allah”

(Umar Abdul Aziz)



Rijal88
7.15 a.m, Isnin, 12 September 2011,
UIAM GOMBAK.
Salam Bumi UIAM,



Tersenyum sendirian. Memerhatikan Blog yang di biarkan ‘Yatim Piatu’. Antara di sengajakan dan tidak di sengajakanSengaja membiarkannya sepi, demi mengenal diri dan memahami matlamat penulisan selama ini. Tidak sengaja kerana Password Blog terlupa dan dilupakanNYA. Nah, natijahnya juga antara sebab dan alasanSebabnya sebagai pemangkin untuk menjadi “Mukmin Yang Terbaik”. Dengan falsafah, ‘Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam’. Tidak sesekali sebagai Alasan untuk berdolak-dalih di alam realiti. Yakni Dunia tanpa alasan yang sengaja direka ciptakan. J



************************************



Memerhatikan sekeliling sambil mentafsirkannya. Mengelilingi keseluruh Bumi UIAM, yang terpisah lebih 2 bulan. Bertemankan Si Merah yang ku namakan ‘Buraq’, setelah Musafir Fasa pertama yang bertemankan kaki. Alhamdulillah, Inilah Bumi tempat aku menceduk pelbagai ilmu, pengalaman dan bekalan. Di sana dan di sini ada banyak perubahan. Di sana, perubahan material ada-ada saja di sepanjang perjalanan. Di sini, ya di dalam diri ini. Mahukan perubahan, mahukan kelainan. Yang lebih baik dan tentunya yang terbaik. Tidak sesekali mengulangi kesalahan dan kekhilafan yang sama berulang-ulang. “Mukmin Yang Sejati Tidak Sesekali Di Patuk Ular Dari Lubang Yang Sama”. Demi mencoretkan lagi kejayaan demi kejayaan. Memanfaatkan segenap ruang dan peluang. Sama ada yang tersurat dan yang tersirat.




Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kembali ke “Garden Knowledge And Virtue”. Di Alam ini, pengajianku kini telah memasuki Fasa kedua. Falsafahku.



“Memanfaatkan Hidup, Memaknakan Perjuangan”






Rijal88

5.30 p.m, Isnin, 5 September 2011,

UIAM GOMBAK.





Di beri Ruang akan hikmahnya waktu, bermakna di beri Peluang akan nikmatnya masa. Allah telah memperuntukkan waktu, demi hamba-hambaNYA  untuk menginsafi dan muhasabah akan Kembara Hidup. Yang ditempohi oleh hamba-hambaNYA pada masa yang lalu. Barangkali di sana ada khilaf dan kesalahan yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.


 Namun kerana Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-NYA, kita masih diberi ruang untuk koreksi segenap aturan hidup, melalui Taubat Nasuha padaNYA.  Masa diberi, untuk di manfaatkan. Memanfaatkan Nikmat Nyawa demi memanfaatkan  hidup dan memaknakan perjuangan. Kerana ia pasti di hisab pada setiap inci dan detik. Makanya, buat kita yang sedar dan faham bersegeralah memberikan peluang untuk diri, menjadi Mukmin yang Cemerlang.


Di beri ruang untuk memohon maaf, bermakna diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan. Empunya diri ini, punya kelemahan nyata dalam pertuturan dan dalam menyusun kata, apatah lagi sering gagal mentafsir situasi semasa. Kekadang ingin disampaikan dalam suasana harmoni, namun tanpa sengaja disampaikan pula dalam suasana penuh tegang. Kerap pula hamba ini mencetuskan suasana penuh tegang dan kurang senang. Biarpun niat dihati mahu turut membantu mencari alternatif dan solusi. Mohon maaf atas kelemahan dan khilaf diri. 


Moga-moga di sana masih ada peluang. Peluang dalam kebersamaan, dalam susah dan senang. Bermakna, bukan lagi entiti asing yang sering mencetuskan kontroversi. Sebaliknya, turut menjadi tonggak utama dalam memanfaatkan  hidup dan memaknakan perjuangan. Alhamdulillah, Allah telah memberikan Ilham dan Hikmah buat hambaNYA ini untuk menulis sebagai wasilah merungkaikan yang tersirat dan menjernihkan yang tersurat. Kerana kelebihan yang DIA kurniakan demi menampung kelemahan hambaNYA dalam pertuturan. Begitu Maha Hebat Allah s.w.t, mengajar hamba-hambaNYA memanfaatkan Ruang dan Peluang.



Rijal88
6.30 p.m, Rabu, 15 Jun 2011,
UIAM GOMBAK.



Menjadi keutamaan cinta kerana Allah, sebagaimana hadis yang dituturkan melalui lidah suci Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a, ia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: ‘Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali NaunganNYA.’ ”
 (RIWAYAT MUSLIM)


SALING MELENGKAPI


        Maha Suci hanyasanya layak buat Allah. Yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan. Langit pasangannya bumi. Lautan pasangannya daratan. Lelaki pasangannya wanita. Suami pasangannya isteri. Perkahwinan itu saling melengkapi, saling beperanan dan saling membantu. Fitrah semulajadi Kurniaan Ilahi, diterjemahkan dalam ikatan yang direstui. Bermula ‘Saat Lafaz Sakinah’, maka bermulalah ‘Saat Memikul Amanah Bersama’. “Rumahku, Syurgaku” menjadi impian semua, bukan angan-angan semata. Hingga Amanah berkeluarga disanggupi bersama, sepenuh hati dan jiwa.  



Baitul Muslim selamanya tidak akan harmoni jika suami hanya sentiasa meminta-minta untuk mendapat layanan dan ketaatan daripada Isterinya. Sedangkan dia sendiri mengabaikan amanah sebagai suami seadanya. Begitu juga buat isteri, hanya merayu-rayu belaian, perhatian dan pimpinan suaminya sedangkan dia sendiri tidak melayan dan apatah lagi taat pada suaminya dengan baik. Oleh sebab itu, suami dan isteri harus ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan. Memberi kerana menghargai, tanpa harap balasan penghargaan. Memberi kerana kesan Mahabbah demi menggapai Mawaddah, Sakinah dan Rahmah. Dan sebenarnya, mereka saling memberi kerana benar-benar melaksanakan amanah dan tuntutan daripada Allah.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kalian berdua, buat Akhi Naazir dan Ukhti Solehah. Bunga-bunga cinta indah memekar bermula disaat menyemai benih Iman kepadaNYA. Menjadi harap dan pinta hanya padaNYA. Hanya Allah tempat harap untuk mentautkan cinta di hati kalian, dengan memenuhi syarat memperolehi CintaNYA demi cinta sesama makhluk. Dan hanya Allah tempat pinta kekuatan melaksanakan Amanah, dalam melayari Bahtera Bersama. Mahabbah dan Amanah saling melengkapi. Usah di pisah di antara keduanya.


RENCANA ILAHI



Buat teman yang belum mempertemukan jodoh buat dirimu. Yakinilah bahawa, Jodoh itu rencana Ilahi. Amat dekat, cuma belum diketemui. Allah sesekali tidak pernah salah memilih Skrip Takdir buat kita. Di setiap EpisodNYA, Allah pasti menyelitkan Mutiara Hikmah untuk kita ambil dan pelajari. Dan hanya mereka yang beriman dan berakal yang pasti memahami hakikat ini.


Buat hatimu sedang diremukkan. Jangan sesekali berikan celah kepada Nafsu dan Syaitan berperanan. Yang hanya membuatkan Imanmu terlemahkan. Perihnya duka lara bukanlah suatu isyarat Kiamat sudah mendatangimu. Cumanya, sebuah Lamaran CintaNYA buat dirimu. Ya, memang berat kerana pastinya ganjaranNYA maha hebat buatmu. Allah memutuskan hubunganmu dengan Makhluk, demi mengutuhkan ikatan denganNYA. Kan itu jauh lebih indah?


Tersenyumlah temanku  dalam kesabaran munajat panjangmu. Meskipun, hatimu disiat-siat tanpa kerelaan dan jiwamu penuh harapan dibalasi kehampaan. Dan biarpun kau dapati tiada pasangan buatmu di dunia ini. Bukan bererti Allah sedang menghukum dan murka padamu. Namun, DIA sedang menyiapkan makhluk terindah buatmu, yang sedang menantimu di Syurga. Yang setia menemani jiwamu. Syaratnya, kau juga harus persiapkan diri sebagai Mukmin Sejati. InsyaAllah…..



Rijal88
6.30 a.m, Isnin, 13 Jun 2011,
UIAM GOMBAK.





About Me

My Photo
Wan zulkarnain bin wan ismail.

::My 1st Blog::

Powered by Blogger.

Shout Out


ShoutMix chat widget

IkHwAh

Ad-Dhuyuf

Buzz

Featured Posts