Tuesday, December 28, 2010

KEKURANGAN SATU KELEBIHAN



Buat yang sedang diuji…


Bukan simpati ingin kuhulurkan tetapi empati sebagai khidmat. Kerana kekadang simpati itu menyakitkan. Terasa terhina dan terpinggir. Sebaliknya empati pula sebagai khidmat. Kerana empati itu Sinergi. Ia lebih memahami dan membantu. Cumanya empatiku tidak kesampaian. Kerana di sana banyak halangan yang menentang. Maaf.


Perlu diingat dan sentiasa dihangatkan.


“Hikmah itu tidak akan sesekali tersingkap selagi ada Prasangka Buruk pada Allah”


Allah tidak menilai kepada tahap kejayaan mu. Akan tetapi nilaian Allah itu terletak pada usahamu. Usaha berterusan yang maksima, mengharap Redha dariNYA dan tiada putus asa pada RahmatNYA.


Ujian itu satu Tarbiyah. Satu medan pendidikan. Usah dikeluh berpanjangan, kerana ia satu AnugerahNYA. Tanda CintaNYA pada kita. Sabar, Redha dan Husnu Zon kita buat harga CintaNYA.


“Terus Melangkah dan Terus Berjuang”


Usah diratapi jika diri kita tidak dihargai. Tetapi awas, jika diri kita tidak lagi berharga. Usah ditangisi jika diri tidak difahami ramai. Tetapi waspadalah jika diri tidak memahami akan Tujuan Hidup. Jangan berontakan tika diri diselebungi serba kelemahan. Tetapi usah dibiar diri menyesal lantaran gagal menghargai kelebihan yang ada.


Sejujurnya coretan-coretanmu mampu membuat ramai tersenyum. Sungguh. Biarpun hanya pada Setitik Dakwat.


Senyumlah dan Berdoalah padaNYA. Moga senyuman yang pahit dan kusam kembali manis dan menyenangkan.


“For The Sake of Allah and Islam. Be Strong, Never Give Up and Look Forward ”

Ditulis Oleh : rijal88 // 12:56 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.