Thursday, December 30, 2010

USAH BERANDAI-ANDAI


“ Masa itu ibarat aliran sungai. Tetap sahaja mengalir, biarpun disekat. Sekali mengalir pergi, tidak akan kembali lagi ”


“ Masa itu punya rentak. Gagal mengikutinya, kita akan tersilap langkah dan tersesat “


Hidup ini suatu Pertarungan. Yang Kuat adalah juara. Terus melangkah penuh yakin, kerana hidup berTuhankan Allah. Sang Pemberi Petunjuk dan Kekuatan. Sentiasa Husnu Zon(bersangka baik) pula pada TuhanNYA. Kerana meyakini, setiap kejadian itu punya hikmah disebaliknya. Yang hanya dapat dibuka hijabnya oleh mereka yang sentiasa Husnu Zon pada tuhannya. Makanya, hatinya sentiasa tenang. Dan fikirannya sentiasa lapang.


Yang lemah akan ditinggalkan. Terus beralasan seribu, senang pula berputus asa. Sering persalahkan diri, tidak pula membuka ruang untuk perbaiki diri. Ibarat hidup tidak lebih dari fantasi yang penuh dengan ‘Dunia Kalau’. Tidak sanggup pula berpijak pada Realiti. Kerana padanya tiada istilah berKalau. Mereka yang berkalau lemah Imannya. Tiada yakin akan KetentuanNYA. Dan hidup seharian penuh penyesalan dan bersalut pula resah yang menghantui. Sedarilah, Tiada manfaat hidup berkalau. Hanya derita batin, penyeksa fikiran dan beban fizikal.


Usah berkalau, jika masa lalu dibiar pergi tanpa manfaat. Jangan berkalau dengan mengharap diberi ruang waktu. Tatkala waktu lapang disia-siakan. Jangan berkalau meminta kesihatan yang baik. Tatkala disaat waktu sihat tidak di Infaqkan pada JalanNYA.


“Usah disalahkan TakdirNYA. Tetapi silapnya pada Tadbirmu”


Mereka yang Faham akan aturan dan tujuan hidup, terus memandang kehadapan. Bersiap sedia dan meletak harap padaNYA. Hanya berketika memandang kebelakang. Tidak lebih sebagai Muhasabah dan penambahbaikan hidup.


Kita adalah makhluk yang terpilih. Sebagai Hamba yang sentiasa taat dan berabdi padaNYA. Dan sebagai Khalifah yang menjaga AgamaNYA dan melaksanakannya. Jadi, kita diberi hak untuk merancang dan mengatur hidup. Maka terserahlah. Sama ada merancang untuk kejayaan ataupun kegagalan. Yang pasti, tidak berandai-andai selepas pilihan dibuat.

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:29 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.