Saturday, December 25, 2010

AKU SEPERTI ITU?


‘AKU’. Di sini tidak hanya merujuk kepada batang tubuh aku secara tunggal. Malah, ia suatu nama yang mewakili bagi yang turut mahu merasai diri sebagai AKU. Turut membaca dan memahami. Di akhirnya nanti, mungkin aku adalah AKU seperti itu. Mungkin juga tidak.



ALASAN

AKU pakar dan lincah dalam mengelak dan menepis. Bukan tidak tahu dan mampu. Cumanya tidak mahu. Seribu Alasan sudah direncanakan bagi setiap satu Arahan. Hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan. Arahan sesekali tidak diendahkan. Kerana Alasan mahu dirajakan. Arahan besar dan penting terasa kecil dan leceh. Kerdil dan terpencil jika dibandingkan dengan Alasan yang telah terciptakan. Alasan telah diciptakan semalam bagi Arahan hari ini.


Hanya Bijaksini menangguk hasil jangka pendek. Namun, tidak Bijaksana meraih faedah jangka panjang.



Tahniah dan tahniah. Kerana sehingga kesaat ini AKU masih Istiqamah dalam beralasan. Tembelangku masih utuh. Tidak siapa yang tahu AKU ini sedang beralasan. AKU masih selesa beralasan, biarpun insan lain pula yang terpaksa menanggung lantaran Alasanku. Tidak terdetik rasa bersalah padaku, bahkan selesa kerana ada yang sudi menanggung kerja-kerjaku.



AKU itu, tidak akan jauh melangkah. Rebah tersungkur sebelum pengakhiran. Mengalah sebelum mencuba. Tidak diberikan peluang kepada diri untuk mencungkil potensi sebenar. Lantaran culas dengan alasan yang direka-reka. Seringkali resah dan tidak akan puas. Diseksa dengan alasan yang bersedia memakan tuan. Kerana pada Alasan; tuannya sudah dianggap hamba. Bergantung total padanya. Tiada hidup tanpanya. Kerana AKU itu sudah serasi dan sebati dengan Sang Alasan.




“HIDUP ZERO ALASAN”

Ditulis Oleh : rijal88 // 7:00 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.