Sunday, November 4, 2012

CATATAN 4: KITA BERSAUDARA




Berkongsi cerita dengan sahabat saya, Ferash daripada Tebing Barat, Palestin. Beliau anak ke 15/15. Hanya tinggal beliau seorang yang masih membujang. Kini, anak saudaranya seramai 100 orang.

Tertarik untuk saya bertanya, mengapa begitu 'Produktif Sekali'?. Sambil tersenyum.

Beliau menjawab:

"Rasulullah sungguh berbangga Umatnya begitu ramai. Buat pengetahuan saudara, hari ini 10 orang Israel membunuh Rakyat Palestin. Hari ini juga kami lahirkan 100 orang kader, untuk berjuang demi Islam dan al-Quds"

*************
Ada perkongsian daripada seorang Uztaz. Apabila seorang Muslimat Palestin di temual bual tentang perancangan hidupnya selepas baru sahaja 'Kesyahidan' suaminya. Maka, dengan penuh keimanan beliau menjawab.

"Aku akan tunggu tamatnya tempoh Iddahku. Dan aku akan berkahwin dan lahirkan anak-anak untuk menyambung perjuangan ini"

Subhanallah

*************
Apa yang saya begitu takjub dengan beliau adalah, saban hari mereka dihimpit dengan pelbagai tekanan, dihujani bom dan peluru dan majoriti umat Islam tidak memperdulikan nasib mereka. Beliau masih giat memperjuangkan isu Umat Islam di Syria, rohingya dan lain-lain.

Kata Ferash:

"Kita adalah bersaudara. Dan kita akan ditanya, apakah sumbangan kita untuk Umat Islam pada Hari Keadilan"

"Kami di sana mesti berjuang untuk mati, kamu di sini mesti berjuang untuk hidup. Sebab kondisi kita berbeza"

Rijal88
11.40 a.m, Ahad, 4 November 2012,
UIAM GOMBAK
.

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:40 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.