Thursday, November 1, 2012

CATATAN 3: JASADNYA DI SINI, HATINYA DI SANA

Masih teringat wajah bersih Pemuda Arab yang basah kuyup di Masjid SHAS Uiam, seusai Solat Asar. Kata-kata beliau bagi menjustifikasikan 'Air Mata' beliau teramat terkesan kepada sesiapa pun.


*********************

Seusai Solat Asar, saya terpandang seorang Pemuda Arab yang sedang menangis dan menekup mukanya dengan kedua-kedua tangannya.

Saya cuba ingin berkongsi rasa dan berusaha untuk membantu beliau. Apakah sebab beliau kelihatan berdukacita.

Jawapan beliau adalah:

"Disebabkan aku terlepas 1 rakaat bersama Imam, bagaimana nanti hujah aku di hadapan Allah? Apakah nanti Rasulullah akan mengakui aku ini sebagai Umat Baginda? Apakah aku layak menjadi Anak Soleh yang Doanya diterima Allah?. Jika ketepatan waktu solat secara berjemaah pun aku tak mampu menjaganya"

Saya tercengang dan terdiam..

Kita semua bagaimana?

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:...Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid....."

(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)


Rijal88
2.32 p.m, Sabtu, 1 November 2012,
UIAM GOMBAK.

Ditulis Oleh : rijal88 // 2:35 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.