Thursday, November 8, 2012

CATATAN 5: UKHUWWAH FILLAH, ALLAH DI HATI

Suasana yang mengharukan di Surau Mahallah(Kolej Kediaman) Ali, Maghrib semalam.


Menarik perhatian ramai apabila melihat dua kelibat tergesa-gesa ke Surau Ali. Yang amat menyentuh perasaan adalah seorang Hamba Allah dengan penuh gigih dan sabar menggendong sahabatnya (yang kekurangan fizikal) dibelakang pundaknya. Beban sahabat, dikongsi bersama.

Kerana sahabatnya itu tidak mampu berjalan sendiri. Tambahan, laluan ke Surau Ali tidak mampu dilalui oleh kerusi rodanya.

Lelaki yang menggendong itulah hamba Allah yang selalu melaungkan Azan di Surau Ali dan konsisten berkongsi 'Hikmah dari Kitab Fadhail 'Amal', seusai solat Isyak.

Sahabatnya yang diuji dengan kekurangan 'Aspek Fizikal' tetap berusaha menunaikan 'Kewajipan terhadap-NYA' dengan bersungguh-sungguh. Kerana kekurangan itu, dikurniakan Allah 'Kelebihan Iman & Amal'.

Kita yang sempurna fizikalnya dan ada pelbagai kemudahan? bagaimana? Terasa berat menunaikan Solat Berjamaah.

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)



Rijal88
11.40 a.m, Khamis, 8 November 2012,
UIAM GOMBAK
.

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:34 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.