Salam Bumi UIAM,
Tersenyum sendirian. Memerhatikan Blog yang
di biarkan ‘Yatim Piatu’. Antara di sengajakan dan tidak di
sengajakan. Sengaja membiarkannya sepi, demi mengenal diri
dan memahami matlamat penulisan selama ini. Tidak sengaja kerana Password Blog terlupa
dan dilupakanNYA. Nah, natijahnya juga antara sebab dan alasan. Sebabnya sebagai
pemangkin untuk menjadi “Mukmin Yang Terbaik”. Dengan
falsafah, ‘Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam’. Tidak sesekali
sebagai Alasan untuk berdolak-dalih di alam realiti. Yakni
Dunia tanpa alasan yang sengaja direka ciptakan. J
************************************
Memerhatikan sekeliling sambil
mentafsirkannya. Mengelilingi keseluruh Bumi UIAM, yang terpisah lebih 2 bulan.
Bertemankan Si Merah yang ku namakan ‘Buraq’, setelah Musafir
Fasa pertama yang bertemankan kaki. Alhamdulillah, Inilah Bumi tempat aku
menceduk pelbagai ilmu, pengalaman dan bekalan. Di sana dan di
sini ada banyak perubahan. Di sana, perubahan material
ada-ada saja di sepanjang perjalanan. Di sini, ya di dalam diri
ini. Mahukan perubahan, mahukan kelainan. Yang lebih baik dan tentunya yang
terbaik. Tidak sesekali mengulangi kesalahan dan kekhilafan yang sama
berulang-ulang. “Mukmin Yang Sejati Tidak Sesekali Di Patuk Ular Dari
Lubang Yang Sama”. Demi mencoretkan lagi kejayaan demi kejayaan.
Memanfaatkan segenap ruang dan peluang. Sama ada yang tersurat dan yang
tersirat.
Alhamdulillah, Allah permudahkan
perjalanan kembali ke “Garden Knowledge And Virtue”. Di Alam ini,
pengajianku kini telah memasuki Fasa kedua. Falsafahku.
“Memanfaatkan
Hidup, Memaknakan Perjuangan”
Rijal88

