“Barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya”
(Surah al-Isra’: 72)
Tika fikiran menjadi buntu dan kelam. Tika fizikal menjadi lelah dan lemah. Itulah lah tandanya hati kian menjadi gersang. Hati sudah menjadi tandus kerana sekian lama tidak disirami sinarnya ilmu dan di bajai dengan suburnya Iman.
Dan tiada lah yang lebih di takuti oleh mereka yang beriman melainkan Matinya Hati tika jasad masih segar bernafas. Kerana hidup kan pasti menjadi sia-sia; hidup terasakan nikmat bila bergelumang dengan dosa dan teramat azab di saat kebenaran di seru-seru supaya kembali kepadaNYA.
“Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa”
(Syeikh Ibn Ata’illah)
Masihkah ada suara hati yang inginkan Nikmatnya Iman dan Hikmahnya Ilmu? Jika ya, bersyukurlah kerana di sana masih ada ruang pengsucian hati. Kerana tabiat hati sentisa berbolak-balik dan resah gelisah. Maka berlaku adil lah kepada hati dengan meletakkannya yang di tempat yang jatuh padanya Iman dan Ilmu. Hati perlu dibersihkan, perlu dihiasi. Di bersihkan daripada hinanya sifat-sifat Mazmumah dan dihiasi pula dengan Mulianya sifat-sifat Mahmudah.
“Jangan sampai terasa bagimu kebesaran dosa itu, hingga merintangimu daripada berbaik sangka kepada Allah. Sebab barang siapa yang benar-benar mengenl Allah akan merasa kecil dosanya pabila dibandingan dengan keluasan RahmatNYA”
Lazimilah dengan membaca Quran dan mentadabbur padanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu kerana ia pasti menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi kuatnya badai kehidupan. Itulah Penawar Jiwa, Ubat kepada Hati. Dan dengan mengingati mati terurailah segala cinta pada Duniawi semata, kerana hati yang ingat mati akan sentiasa hidup!
“Bahagia itu satu ketenangan. Bila hati mengingati Tuhan Arif maksud terseni dan maknawi."
“Dan orang-orang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya KAmi pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah besrta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”
“Dan orang-orang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya KAmi pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah besrta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”
(Al-Ankabut: 69)
Yang Mengajak Untuk Bersama-sama Bermujahadah,
2.40 am, Ahad, 3 April 2011
UIAM GOMBAK.

