Friday, April 1, 2011

BUKAN SEGALANYA BERAKHIR DI SINI


Di sini menguji siapa kita. Antara maklumat dan ilmu. Dua pilihan yang berakhir dengan salah satu menjadi pilihan.

Adakah hanya maklumat yang di perolehi dan ia berakhir di bangku peperiksaan?. Yang kesudahannya di dakwat terakhir pada sebuah skrip. Sumber-sumber maklumat di ikat kemas, di bungkus bersama dan destinasi seterusnya adalah “sampah”. Natijahnya nanti antara senyuman riang pengubat lelah atau penyesalan menjadi beban berterusan?

Memilih ilmu sebagai tujuan adalah pilhan yang tepat. Manfaat dan faedahnya berterusan, dunia dan akhirat. Peperiksaan adalah wasilah dan proses pemantapan ilmu, bukannya “Di sinilah segalanya berakhir”

Teman-teman sekalian,

Saatnya tiba lagi. Biarpun hadirnya tanpa diundang. Namun hadirnya wajib diraikan. Suka atau tidak, bersedia atau tidak bukannya alasannya lagi. Yang pasti, tiada belas kasihan pada mereka yang berlengah-lengah dan bermalas-malasan.

Jadi, persiapan Rohani, Jasmani, Emosi, Ilmu dan Material  kita gandakan di saat-saat kritikal ini. Moga-moga kejayaan yang menyambut kita dan bukannya kegagalan yang mengheret kita.

MAAT TAUFIQ WANNAJAH



Mahu Jadi Insan Cemerlang,
3.40 am, Jumaat, 1 April 2011
UIAM GOMBAK.



Ditulis Oleh : rijal88 // 3:43 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.