Tuesday, March 15, 2011

HARUS JADI KUAT!!




“Be Strong!! Be Strong!! Be Strong!!


Sudah sekalian lama aku tidak mendengar Azimat tersebut. Yang padanya terkandung sinergi yang menggerakanku dan seraya memotivasikanku. Ia tidak hanya sekadar ucapan kosong. Bahkan suatu ucapan penuh berisi. Sebuah ucapan yang mematangkan fikiran, menenangkan emosi dan memantapkan hati.

TERUSKAN MELANGKAH
Sahabat-sahabat sekalian,

Tika ini, kita semakin dihimpit dengan pelbagai ujian. Ujian sebagai pelajar yang harus mendepani pelbagai ujian yang bergelar “Exam”. Kita juga harus memilih antara dua persimpangan dalam menentukan Putaran Kehidupan kita, agar terus berputar dalam RedhaNYA. Amanah kepimpinan kian bertambah yang sentiasa menuntut pengorbanan dan pasti dituntut di Hari Muka. Senantiasa dilanda krisis yang menuntut kegigihan dan kesabaran. Bukan sedikit dan berkurang. Bahkan kian bertambah dan terus bertambah.


Ujian Kehidupan yang menimpa kita bukanlah bukanlah satu kezaliman daripada Allah. Memang ia amat pahit dan pedih,kerana sudah menjadi tabiat dan sifat ubat mujarab yang selalu menyembuhkan. Bagi yang berdosa , ujian ini adalah untuk membersihkan dosa. Bagi yang soleh dan taat, mereka turut terkena jua ujian yang menimpa. Demikian itu kerana Allah ingin mengurniakan pahala serta darjat yang lebih tinggi di dunia dan akhirat. Yang penting sekarang bukan apa yang telah berlaku, tetapi apa yang harus kita lakukan terhadapnya.


Bukannya terus terkaku lesu kerana dihantui nostalgia silam. Namun Terus Melangkah dengan berbekalkan memori yang memotivasikan. Iaitu janji dan ganjaran Allah buat hamba-hambaNYA yang sabar dan redha.


Kata ahli sufi sebagai metafora:

“Allah sering mengingatkan manusia dengan ‘melontarkan’ batu-batu kecil. Tetapi jika peringatan itu diabaikan, Allah mula ‘melontarkan’ dengan batu-batu besar. Oleh itu jangan tunggu dihempap gunung kita mula berubah.

SATU IKATAN


Maafkanku, kerana permintaan kalian melampaui kemampuanku. Kerana terlalu ramai yang mahu hatinya dibelai dan perasaannya mahu dimanjakan setiap masa. Jujurnya, aku lemah dalam memujuk dan kaku dalam merayu. Kelemahan nyata dalam pertuturan. Tidak pandai dalam melunakkan suara dan bermanis-manisan dalam berbicara. Namun, ku usahakan untuk dipersembahkan jua dalam sebuah coretan.


Sahabat-sahabatku,

Kalian juga tahu, bahawa hati kita ini telah lama berpadu. Kita telah bertemu dalam naungan Cinta Ilahi. Bertemunya kita dalam ketaatan pada JalanNYA. Bersatunya kita kerana perjuangan yang sama. Iaitu menegakkan syariat dalam kehidupan. Marilah kita kuatkan ikatan kita. Kerana matlamat kita adalah satu. Jangan kita leraikan ikatan yang telah kita sulamkan. Jangan sesekali kita putuskan ikatan yang telah kita ikat bersama. Kerana kita adalah satu. Satu Ikatan kerana perjuangan.


Sahabat-sahabatku,

“Be Strong!! Be Strong!! Be Strong!!”


Dari Aku Yang Tak Reti-reti Menjadi Sahabat,
3.15 am, Sabtu, 12 Mac 2011
SELESA RESORT,
BUKIT TINGGI PAHANG DARUL MAKMUR.

Ditulis Oleh : rijal88 // 2:42 AM
Kategori:

2 comments:

putera iskandar said...

Teruskan perjuangan wahai sahabatku. Mara melangkah menuju ke puncak jaya demi menggapai redha Ilahi.

rijal88 said...

Syukran ats igtn & peringatn shbt...

Followers

 
Powered by Blogger.