Wednesday, January 5, 2011

UNTUK SIAPA?



BURUK SIKU ATAU HATI YANG BURUK


Saya berpesan pada diri saya dan memanjangkan pesanan ini buat mereka yang bersedia menerima pesanan, dimulakan dengan sepotong Kalamullah :


“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan(pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti hati penerima sedekah itu”

(al-Baqarah:264)


Akan tiba juga suatu saat dan ketika, kamu akan jemu dengan amalan-amalan baik yang telah kamu semaikan. Makanya, Ikhlas mula tergugah dan merapuh. Kasih-sayang pada pemberian mula terhakis. Dan Redha pada kurniaan mula tercabar. Atau memang pada mulanya pemberian itu tanpa Ikhlas? Nah, soal hati itu, hanya kamu sendiri yang sedia tahu akan jawapannya.


Maka akan timbul satu persoalan yang terpaksa kamu zahirkan;


“Untuk siapa semua ini? Faedahnya untuk akukah?”


Terpancul soalan sebegitu, tika saat diri dihimpit pelbagai ujian. Ujian kebaikan yang berwasilahkan pada Pemberian. Pastinya ujian itu akan dirasai tika hati sedang dibolak- balikkan. Tika pemberian tidak dibalas, biarpun hanya pada ucapan Terima Kasih. Mahalnya nilai ucapan terima kasih di mata yang memberi. Yang benar-benar Ikhlas langsung tidak akan kisah. Yang kisahnya, mereka yang mahu dibalas. Dengan balasan yang dizahirkan.


Jadi, mahu disalahkan Si Penerima yang bisu dengan ucapan perhargaan? Begitukah?. Atau, Si Pemberi perlu muhasabah akan pemberiannya. Ikhlaskah aku?


Masih berkira-kira? Kita berkira dengan siapa sebenarnya? Sesama makhluk atau kepada Allah Yang Maha Memberi?


UNTUKMU JUA


Sahabatku, Allah telah memujuk hati-hati kita dengan FirmanNYA:

Jika kamu berbuat baik, maka kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka itu pun untuk diri kamu sendiri juga. Maka datang pula ketetapan yang akhir (kedua), untuk menyuramkan muka-muka kamu, dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama (dahulu), dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai.”

(al-Israk: 7)


Makanya, usah dirisaukan akan Kebaikan kita itu tidak dihargai. Kerana Di Sana nanti, Allah akan bersaksikan atas segala kebajikan kita. Dengan syarat, dahulukan dengan Ikhlas, Mahabbah dan Redha. Yang perlu diawasi adalah Kejahatan kita pada Makhluk dan Khalik. Kerana segala balasan Allah telah tersedia. Yang pasti menaggung sebab dan akibatnya adalah kita.


“Erti Hidup Pada Memberi. Hanya Jika Pemberian Itu Dengan Redha Dan Kasih-Sayang”

Ditulis Oleh : rijal88 // 6:49 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.