Saturday, January 8, 2011

TIKA SAAT DIRI DIUJI


SEBUAH PERCATURAN


Sungguh Indah Percaturan Allah. Hanya dapat disingkap oleh mereka yang mahu melihat dan mentafsir. Kekadang hati gagal mentafsir, saat emosi terusik mahu memberontak. Maka tika itu, kita akan tewas. Tewas pada diri-sendiri. Bermakna, kita belum berjaya mengenal dan mentafsir diri kita. Pada tuntutan yang sebenar.


Sudah Sunnatullah, laut pun ada pasang dan surutnya. Begitulah juga “Level Iman” sebagai manusia. Disaat Iman ditingkatan atas, Hati menjadi lunak, emosi menjadi damai dan pancaindera lazat dalam pembaktian. Namun, disaat Iman jatuh tersungkur, Hati berontakan bak hidup tanpa bertuhan, emosi meraja dan memusnahkan diri dan pancaindera rancak bermaksiat.


Namun, seringku yakinkan diri bahawa


Hikmah itu tidak akan sesekali tersingkap selagi ada Prasangka Buruk pada Allah. Maka berprasangka baiklah padaNYA. Moga-moga Allah membuka Hijab Khazanah HikmahNYA buat kita


******

Sentuhan Kasih-sayangNYA membelai-belaiku seharian semalam.


“Kesakitan semakin menggila, tujahan Fitnah yang makin melebat, ruangan waktu yang menyengat dan amanah yang bakal dipikul dan dituntut“


Seringkali juga aku terperosok ditengah perjalanan ini. Kekadang ada tangan-tangan yang menghulur bantuan. Kekadang aku terpaksa bangun dari rebah sendirian. Nasihat dan Peringatan laksana “Permata Tanpa Kilauan” jika dipencilkan. Maka gilapkannya, serlahkan kembali sinarannya. Melalui sebaran Nasihat, yang manfaatnya untuk bersama.


Ya, adat dan falsafah berjuang, pasti ada ujiannya. Yang pasti ujiannya amat perit dan jerih. Menuntut Kesabaran dan Redha yang tinggi. Ilmu dan Iman sebagai bekal. Dan diri harus bersedia untuk Berkorban. Tiada perjuangan tanpa ujian. Mahukan RedhaNYA? Maka perlu menyahut TuntutanNYA. Tuntutan yang berupakan sebuah Perjuangan.


Nasihat Sayyid Qutb yang mengingatkanku. Mengukuhkan kembali Matlamatku. Dan menyedarkanku siapa aku:


"Dalam tiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah"


"Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskn oleh generasi yang akan datang….."


Yakinilah, semua ujian ini adalah sebuah Percaturan daripada Allah. Melalui KalamNYA,


Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun). ” (al-Mulk:2)


TAUJIHAT BONDA


“Senyumanmu medamaikan hatiku, sentuhanmu menghilangkan resahku, ucapanmu sekaligus membangkitkanku. Begitulah hebatnya Insan bergelar Ibu”


Alhamdulillah hari ini, Dia menyediakan ruang pagiku bersama “Insan Terpenting” buatku, Bonda. Membujuk, Muhasabah dan Motivasi (3M), sekali lagi Rawatan Kasih-Sayang” dari seorang ibu buat Anaknya. Tanpa sebarang bayaran yang dituntut, tapi tautan cinta sebagai ubat. Bukan secara terpaksa, bahkan penuh rela.


Itulah Bonda….---;<@

Ditulis Oleh : rijal88 // 12:11 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.