Monday, January 24, 2011

TETAP BERTAHAN



Tinta Pena telah mengering, lembaran-lembaran ketentuan telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.


“…Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami…”

(At-Taubah: 51)


Bagaimana mungkin seseorang itu mahu mencintai Cahaya tanpa mencintai Sang Mentari. Tidak pantas seseorang itu mencintai Sang Mentari tanpa mencintai Allah- “Pemilik Segala-galanya”. Mana mungkin mengimpikan Syurga Idaman , jika ujian yang sedikit sudah tak tertahan. Masih menagih simpati pada Tuhan, biarpun hati tiada langsung berpaut pada Tuhan. Masih tetap mengadu-ngadu akan jerih dan kepayahan, biarpun Nikmat-nikmatNYA di kurnia tak terhinggaan.


Jangan dibiar hati kita terus berdukacita dan dibiarkan sepi. Berdukacita di atas sesuatu yang tidak pasti dan sesuatu yang sia-sia untuk ditangisi. Sepi daripada makanan Ruhani, yang berupa punca kegersangan hati. Makanya, penuhilah jiwa-jiwa kalian dengan Cahaya Ilmu, Kelazatan Ibadah, Kemanisan Perjuangan dan Khusyuk Meraih CintaNYA yang Hakiki.


“Cinta adalah sumber kekuatan dan keikhlasan. Api Cinta membakar kepayahan dan kejerihan. Cinta menyebabkan Kekasih tiada merasai sakit dan derita dalam seharian. Kerana Cinta, diri menyanggupi untuk berkorban. Kerana di lamar dan mabuk dengan Cinta-NYA


“JIka Ikhlas kita terhadap Allah, maka Allah akan bersama kita masa hidup ataupun mati”



Rijal88

1.15 am, Isnin, 24 Januari 2011

UIAM GOMBAK.

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:21 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.