Friday, January 21, 2011

DIA SENTIASA DEKAT


"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat!"

(Al-Baqarah: 186)



Allah.. Allah.. Allah..


Alhamdulillah kau masih bernafas, kau masih diberi peluang untuk hidup, kau masih bisa melihat dan mendengar biarpun lidahmu masih terasa kebas. Hampir tiga jam lamanya, seolah-olah kau berada diantara Dua Alam. Antara Alam Kehidupan dan Alam Kematian. Bergelut dalam sesak dan seksa, berjuang demi sehirup nafas untuk dirasa. Setiap kali menariknya, terasa pedih yang amat. Dan tiap kali melepaskannya, terasa perit teramat. Badanmu bagaikan ditusuk-tusuk seribu pedang. Sakitnya bukan main kepalang. Mungkin teman-teman hanya mampu memandang. Bukan tidak mahu menghulurkan bantuan. Kerana tidak mampu bersama menyandang. Hanya kau dan Dia benar-benar mengetahuinya.



“Maxolon”, “Cafergot”, “Pain Killer” dan “Ponstan”, sekali lagi sebagai peneman. Biarpun batinmu enggan, namun zahirmu memerlukan. Sungguh, mereka tidak lebih daripada ikthtiarmu sebagai bantuan. Sebagai tanda usaha, bukan pantas berputus asa. Bukan sebagai sebab penyembuh. Malah I’tiqadmu, kau langsung tidak bertuhankan mereka. Kerana kepercayaanmu, Allah jualah yang berkuasa menyembuh atas segalanya.



Lalu mahu mengadu pada siapa? disaat ini berkehendakkan pada bantuan siapa? Siapa lagi mampu membantumu? Siapa dan siapa?



Tidak lain dan tidak bukan adalah ALLAH…Kerana DIA SENTIASA DEKAT...



******



Sedarilah, inilah sebahagian daripada Modul Tarbiyyah dariNYA. Matlamatnya, berupa Manifestasi Cinta hambaNYA, buat Sifat dan ZatNYA. Cinta yang Tersirat dulu, kini sudah tersurat. Dan harga yang perlu di bayar amat berat. Suatu tuntutan sebuah Syukur dan Tafakkur. Yang menuntut nilai Sabar yang pasti di ukur. Dan tidak cukup hanya dengan itu, malah dituntutNYA Redha yang disulami Ikhlas supaya tidak tersungkur.



Hidup ini ibarat Sebuah Pengembaraan yang jauh. Hamba yang Cinta akan Tuhannya pula ibarat Sang Musafir yang berpisah lama dari keluarganya. Hatinya sentiasa keluh merusuh Rindu, dan Sayang pula terungkap dalam Irama Syahdu. Mahu segera kembali, mahu di ucap cinta dan rindu berkali-kali. Tanpa puas dan jemu sempat menyinggah dihati.



Teruskanlah mendayung Sampan Kehidupan. Jangan berhenti hingga sampai ke destinasi yang dinantikan. Biarpun ombak senantiasa mengganas dan ribut sentiasa mengamuk, terus dan terus mendayung sampan Kehidupanmu. Kerana di sana segala ganjaran sudah disediakan. Buat Si Pendayung yang di hatinya, setekad Kesabaran.



*****



Asykuruka Ya Allah, kerana selepas ujian itu kau diberi peluang mengisi ruang disepertiga malam. Berpeluang online terus denganNYA. Kerana hatimu tika ini mahu dan rindu bersamaNYA. Yang berwasilahkan Pengabdian, Sebagai Mahar buat CintaNYA.



Hadza Min Fadhli Rabbi…



Alhamdulillah, kerana Allah telah memilihku sebagai kau.





Rijal88

4.35 am, Jumaat, 21 Januari 2011

UIAM GOMBAK.

Ditulis Oleh : rijal88 // 7:25 AM
Kategori:

1 comments:

Elany Yahaya said...

gaya penulisan enta lagak org novelis plak..berayat2 cinta dgn Allah..seolah dri brsa dekat dgnNYa..
Biarpun jauh..
biarpun sukar..
biarpun perit...
demi matlamat redha Allah..
akan kita usahakn..
Kuat semangat & jga ksihtn!=)

Followers

 
Powered by Blogger.