Wednesday, January 19, 2011

SUBURKAN KEMBALI



Tika ini, Allah telah menggerakkan hatiku, supaya memujuk mataku untuk Memandang dan Merenung kembali ‘Quote’ yang telah ditampal kemas di ‘Soft Board’ku. Ya, kerana ia tidak hanya untuk ditonton atau sebagai hiasan semata. Bahkan lebih daripada itu. Kerana ia adalah coretan kata-kata daripada seseorang yang layak digelar sebagai Pejuang. Yang begitu percaya akan janji dan jaminan Kekasihnya, Allah. Juga amat yakin akan jalan Syahid yang dipilihnya.


“Dalam Tiap perjuangan itu ada masa meningkat dan ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah

(Sayyid Qutb)


Moga-moga Allah menghidupkan kembali hatiku dan juga menyuntik hati sahabat-sahabatku dengan “Suntikan Ruh Ar-Rijaluddin”. Kerana mereka juga sepertiku, senantiasa di uji Allah. Tetapi yakinilah bahawa ujian-ujian itu adalah sebahagian daripada sifat Ar-Rahim-NYA, terhadap hamba-hamba yang sentiasa dirinduiNYA.


Makanya, bersyukurlah kerana Allah memilih kita sebagai KekasihNYA dengan berwasilahkan ujian sebagai tautan cinta daripada Kekasih buat Kekasih.


HARUS JADI KUAT!!!

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:59 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.