Sunday, January 16, 2011

JANGAN TERGUGAH!!


“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai(untuk berperang pada jalan Allah-membela agamaNYA), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain” (al-Taubah: 39)


Itulah Hukuman Allah di dunia jika kita cuai akan amanahNYA –iaitu “Seruan Berjuang”. Marilah kita hidupkan kembali Semangat dan Keazaman untuk terus berjuang di Jalan Allah ini, dalam Satu Jamaah. Semangat untuk terus Intima’(bergabung) dengan Perjuangan yang diyakini. Dan Keazaman untuk terus berjuang demi menegakkan kalimah Tauhid di muka Bumi Allah ini. Hanya Jika, kita tidak mahu hidup dalam penghinaan dan mati dalam kehinaan!.


*******


“Kita harus mencari Alasan Kukuh untuk terus Berjuang, bukannya mencipta Alasan untuk tidak Berjuang

(Muhtar Suhaili, Presiden MPP UIAM 03/04)


Sahabat-sahabatku,


Kita semua dimana? Golongan Pertama atau Golongan Kedua?


Amat rugilah jika kita memilih Golongan Kedua. Mereka yang tidak percaya dengan Janji-janji Allah. Hati mereka sentiasa berbolak balik lantaran ketidakkepercayaan yang penuh, akan GanjaranNYA. Kerana hati mereka masih berpaut pada kepentingan peribadi dan duniawi. Maka, merekalah golongan yang rugi di dunia dan muflis di akhirat nanti.


Sungguh beruntunglah jika kita memilih Golongan Pertama. Yakni, hati-hati mereka senantiasa bertaut hanya keranaNYA, bukan kerana sesiapa atau sesuatu selainNYA. Pancaindera mereka sentiasa ringan di arah untuk berjuang demi AgamaNYA. Kerana mereka telah Infaqkan sepenuhnya jiwa dan raga mereka di JalanNYA. Merekalah orang-orang benar-benar yakin dengan Perjuangan dan Percaya dengan PertolonganNYA.



ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!



Rijal88

12.30 am, Sabtu, 15 Januari 2011

UIAM GOMBAK.

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:18 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.