Thursday, January 13, 2011

MAKNA SEBUAH MEMORI


KEMANA KAU MAHU LARI


Jauh aku berlari-lari, dari kuliyyah ke Kolej penginapanku dengan merentasi kuliyyah demi kuliyyah. Tanpa aku endahkan penat dan lelah sedang meragutku. Ku tidak pedulikan jeritan fizikalku supaya berhenti semerta, kerana ia sudah tak tertanggung lagi. Namun, Batinku mengarah supaya terus berlari dan berlari. Hujan di malam nan kelam turut mengiringiku, biarpun basah aku persetankan. Ia bagaikan amat memahami suara hatiku saat itu- Sebuah Kesedihan dan Kegundahan.


Ya, aku menangis kerana cuba menidakkan berita itu. Berita sebuah realiti, tapi aku menafikan agar ia tetap menjadi fantasi semata. Bukan ku menafikan Takdir, Cuma lemahnya insan bila sentiasa di uji bertalu-talu. Lebih-lebih lagi bila di uji dengan ujian sebuah kehilangan dan perpisahan.


Terus..aku mahu menulis dan menulis. Ku coretkan perasaanku, agar sedikit kelegaan akan mengisi hatiku- Kedamaian menggantikan Kekusutan.


****

TERSINGKAP NOLTAGIA SILAM




Siapa sangka? Yang terpendam dalam diriku dicungkilnya satu persatu- Bakat dan kebolehan diri yang terselindung, selama ini tanpa kusedari. Malah tidak terjangka, kelemahan ketara ku itu digilapnya tanpa berputus asa dan akhirnya membuahkan hasil- Kelemahan Menjadi Kekuatan. Dia berusaha membentukku sebagai Future Leader- Dengan kebolehan berpidato, pengucapan awam, berforum dan berbahas. Dan bermula saat itu, Keyakinan dalam diriku makin berputik. Sifat Pesimistik Melampau ,iaitu penyakit ketaraku makin menghilang ditelan bilahan hari.


Terima Kasih Guruku,


Dua tahun kau menggilapku di bawah bumbung SMKA Falahiah telah menghasilkan kejayaan yang tak tebayang olehku. Sebagai Naib Johan Negeri ‘Konvensyen Pengucapan Awam Usahawan Muda’, Naib Johan Negeri ‘Forum Remaja’ (sebagai Moderator Terbaik), Naib Johan Negeri ‘Bahas Ala Parlimen’ dan sebagai Wakil Negeri Anugerah NILAM.


****

Tapi hari ini, aku sudah kehilangan kobolehan tersebut, beransur-ansur keberanian itu menghilang. Dan aku, masih terkial-kial mencari rentak seperti dahulu. Yang sentiasa bermotivasi, sentiasa optimis. Penyakit lamaku pula makin kronik saban hari- Sifat Pesimistik Melampau. Kerana dulu, di sana kau sentiasa memberi pendorong dan inspirasi padaku. Pastinya kata-kata Azimatmu khas buatku;


“Zul, Harus Jadi Kuat!!!”


Tapi aku disini, tiada lagi kedengaran kata-kata Azimat itu….Adakah aku perlu mengharapkan teman-teman menuturkannya? Jawapanku..


“Ya”

****

Guruku,


Saat ini, ingin benar ku mendengar Kata-kata Pembakarmu. Rindu melihat senyumanmu. Keramahanmu yang menyenangkan. Tawamu bila melihat gelagat anak-anak didikmu. Dan aku rindukan leteranmu sebagai Ibu kepada anak-anaknya yang nakal.


Namun kini…Ia sudah menjadi sebuah memori. Memori yang terpahat di sanubariku.


****

DIJEMPUT ILAHI


AL-FATIHAH…


Buat, Guruku Tersayang Ainon Hayati Bt Abdul, Bekas Guru Bahasa Inggeris SMKA Falahiah, yang telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 10 Januari 2010 (Isnin), pada jam 4.00 petang, di Kelantan Medical Centre (KMC), akibat Ulser Perut.



Rijal88

UIAM Gombak,

1.28 pagi, Khamis, 13 Januari 2011.

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:55 AM
Kategori:

2 comments:

jawahir said...

wah, hebat benar nta sebanarnya! kembalikan kegemilangan dulu! takziah zul atas kehilangan..

Anonymous said...

naim,nta kna kuat!

Followers

 
Powered by Blogger.