Monday, November 22, 2010

POST YANG TER 'DELAY'

SUATU AMANAH

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…


Kalimah Takbir dilaungkan. Kebesaran Allah harus diimplementasikan, tidak cukup hanya pada ucapan. Bukannya segar hanya di mulut. Di hati mati. Pada fiilnya langsung tidak dihayati.


Jadi seharusnya, bersama itu hati perlu di hidupkan, lidah perlu dibasahkan dan pancaindera pantas tunduk dan patuh dengan kekuasaan Allah.


Alhamdulillah, di kampungku, Aidul Adha kali ini menampilkan golongan muda sebagai Bilal, Imam dan Khatib. Tidak dilupa juga Siak. Sebagai Front Liner Masjid. Kali ini aku ditaklifkan sebagai Imam Muda dan sahabatku, seorang Ustaz produk USIM pula sebagai Khatib.


Diriku mula merasai kedinginan puputan angin dan kabus pun pula mulai mencurah. Tanpa selindung, aku gugup pada mulanya. Kerana ia suatu yang tak ku terbiasakan, melainkan sebagai Imam pada Solat 5 waktunya. Namun ku yakini ia sebagai tuntutan dan kewajipan, sebagai Rijal.


“Amanah Harus Dipikul. Bukan Untuk Di Tonton”


Rijal yang bukan hanya mampu berkokok di reban kampus. Namun kelu dan bisu di lapangan masyarakat. Dan aku tidak mahu seperti produk sebegini.


“Juara Ayam Jantan Di Reban Kampus. Si Dayus Di Halaman Sendiri”


*****

Teratakku kelihatan lengang. Sunyi tanpa kehadiran suara-suara kanak-kanak ribena yang ramai. Hanya 4 adik-beradik dapat berkumpul bersama. Berbanding 12 orang atau 50 orang pada jumlah keseluruhannya. Kesemuanya sedang menggalas amanah sebagai pekerja mahupun presiden atau vice presiden pada sebuah keluarga sendiri. Hanya aku, masih merangkak di daerah Universiti, yang sunyi dan setia membujang.

*****


Kali ini, disini, ada Assignment Penting yang harus aku sempurnakan dengan langkah yang penuh cermat dan hemat. Harapnya, dua pengalaman sebelum ini memberikan pengajaran yang mematangkan. Tidak sesekali mengulangi kesilapan buat ketiga kalinya. Ia sengaja tidakku coretkan dalam lembaran assignment sebelum ini. Kerana ia agak bersifat peribadi dan berkaitan dengan kelangsungan Umat.


Yang terbaca. Mereka bebas menafsirkan mengikut selera dan kecenderungan mereka sendiri. Kerana aku sudah penat menjelaskan.





SOALAN ITU

Di Pos Rukun Tetangga,

Persoalan-perdoalan itu. Ia tiba bagaikan sengaja memecahkan kesepian dan keheningan di tengah malam. Ia hadir menghangatkan suasana. Yang sejak dari tadi beku dan lesu. Tanpa Modal mencukupi.


“Budok2 U sedap kokok(bercakap berdegar2) di tempat dio jah. Balik kampong gak senyap! Kalah anok2 daro!”

“X leh pakai budak2 U ni. Ngaji pandai sampai U pom, kalu kelik xleh tlg ore kampong. Wat malu jah!”

“Mano abes gi ustaz2 hok ngaji di Universiti?! Masjid banyak ‘ taik cicak’ dari Jemaah!!”

“Kalu Budak2 U hok ngaji tinggi2 pom xleh harap. Pahtu, xkan org2 kmpung hok jahil buleh harap wat kijo2 Dakwah?! ”


Dan banyak lagi pesoalan2 dan kritikan Pedas dan tidak kurang lemak manisnya . Tapi, tidakku sanggupi untuk turut muatkan dalam ruangan Blog ini. kerana itu aku harus berhenti. Berhenti menulis persoalan-persoalan mendesak itu. Yang mahukan Jawapan segera!.


Ku tersenyum kosong. Menelan liur yang kelat. Hakikat yang tak dapat diselindungkan. Apakah jawapan yang bakal kuberikan menjadi sebab menguraikan persoalan, lantas menjernihkan keadaan. Atau sekadar alasan sampah. Yang membusukkan lagi suasana yang sedia membusuk.


Lantaran secebis Mahasiswa Islam yang tanpa segan silu mengelarkan diri dengan gelaran tersebut. Namun Berhibernasi pabila pulang ke halaman sendiri. Hanya sesekali menjulurkan kepala pada majlis-majlis tertentu.


*****

Malam semakin jauh perginya dan dinihari mulai terasa di penghujung perjalanan. Tidak lama lagi cerahlah langit, awan dapat dilihat dengan terang, apabila matahari kembali bersinar memeperlihatkan cahayanya. Cahaya yang sentiasa menghidupkan.


Dan aku?


Masih ditinggalkan dengan persoalan-persoalan berpuaka. Masih dihantui dengan tujahan-tujahan berbentuk cemuhan. Namun aku tafsirkannya sebagai pengaduan penuh kebimbangan dan seribu pengharapan.


Ya, harapan. Harapan yang selalu di hampakan oleh mereka berTitlekan MAHASISWA ISLAM.

Ditulis Oleh : rijal88 // 7:44 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.