Mencari-cari penjodoh bilangan yang sesuai untuk ‘Si Lidah’. Sehelai, sebuah, sebatang dan sepucuk antara yang dicadangkan, namun sekeping jua yang saya rasekan sesuai. Yup, biarpun ‘sekeping lidah ’ juga bukannya penjodoh bilangan yang tepat; bukan itu fokusnya. Soalnya ‘peranan’ yang dimainkan lidah oleh kita. Sama ada kita menjadi ‘tuan’ kepada si lidah ataupun si lidah menjadi tuan kepada kita, yang be'Raja'kan nafsu dan ber'Tuhan'kan iblis dan syaitan.
Mengumpat, fitnah dan kejian seakan ringan diungkapkan. Tanpa rasa bersalah,apatah lagi menyesal. Bahkan diri rela menjadikan nafsu sebagai tuan kepada lidah. Dipacunya tanpa ‘Guideline’ daripada ‘Tuntunan Wahyu’ , akibatnya menjadi penyebab derita dan penyebar azab.
Kerana lidah persahabatan semakin utuh dan erat. Kerana lidah juga persahabatan menjadi seteru berdekad lamanya. Kerana lidah, Nikmat Syurga menjadi ganjaran. Kerana lidah jualah, Azab Neraka menjadi balasan.
RENUNGAN
Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjadi apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)
Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)
Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)
2 comments:
seutas lidah
Syeh ustz T'asl..
"seutas lidah"...bgitukah dlm bhse arabnye??
{|:-)
Post a Comment