PENGHALANG
Jika kita bukan PESIMISTIK. Maka tidak sesekali kita memandang sesuatu hanya pada sudut Negatifnya. Cuma kekadang ‘mengeluh’ di saat diri diuji dengan mehnah maha dahsyat. Kita hanya insan biasa, namun tak selamanya kita terbiasa dengannya, hingga kita digelar insan ‘luar biasa’ yang terbiasa dengan perkara biasa(ujian sama yang berakhir dengan kekalahan).
Ya, sepatutnya kita menilainya sebagai tanda ‘Cinta’ Maha Pengasih pada hambanya ‘Yang Terpilih’. Saat diri hampir berputus asa; diri begitu sensitif dan mudah hilang kepercayaan. Mungkinkah juga pada Sang Pencipta??. Ujian tidak lah seberapa. Namun keluhan dan cacian bukan kepalang,akibat diri terbiasa ‘manja’. Manja dengan kelebihan Nikmat tanpa Syukur; bila Penjara bertukar Syurga . Juga bila Virus ‘Cintakan Dunia’ bersatu dengan roh dan hati. Mangeluh dan mencaci? Pada siapa? Yang Menguasai Takdir atau diri sendiri yang gagal mentadbir?
TEMPAT MU DISINI
Usah di ucapkan kata-kata putus asa. Usah dicaci akan kelemahan diri. Usah ditangisi kekalahan yang lampau. Makin kuat kita meratapi kesedihan lalu, makin kuat ia menghalang kita. Sebagai halangan pada Kejayaan kini dan selamanya.
Takkan lagi kita ucapkan:
“I want to go far2 away….aku give up!!!!”
Ucapan sedemikian dilafazkan berkali-kali tika kita dikuasai dua Entiti Berpuaka; ‘Kekecewaan’ dan ‘Kebimbangan’.
Kekecewaan melanda bilamana Matlamat jauh tersasar dari jangkaan kita. Atau impian tidak kesampaian. Juga usaha selama ini disia-siakan dengan kegagalan sebagai natijah. Kebimbangan ‘overdose’ memainkan peranan disaat tiada kebergantungan harap pada Yang Memberi. Yang ada hanya pengharapan sesame makhluk yang rapuh sama sekali.
Mahu kemana lagi?. Usah dibimbang suatu hari nanti kita akan dibawa pergi sebagai pengakhiran juga permulaan yang kekal selamanya. Soalnya kini kita masih disini dan mahu melarikan diri daripada apa dan siapa?. Insan yang mana yang bebas daripda ujian?.
Sekarang berhenti berkhayalan, disini tiada ‘Time Machine’ yang boleh membawa kita ke zaman lampau. Yang berkemungkinan dapat memperbaiki kesilapan lalu. Berkesempatan memanfaat kan ruang waktu yang disia-siakan dulu. Atau masih berfantasi mahu mahu menjadi ‘bayi’ yang bebas daripada ujian menghimpit. Jika begitu kita telah mengsia-siakan ruang dan peluang yang berbaki. Jadi, sekarang manfaatkanlah waktu yang ada.
Sahabat-sahabat,
Tanpa sedar dan tanpa sengaja, berapa kalikah Kalimah, “Aku mahu segera BEREHAT” terpacul dari mulut kita? Atau paling tidak pun terdetik dihati kita?. Kalimah yang terbit akibat trauma dan fobia dengan taklifan(amanah) yang betimbun-timbun. Ujian dalam perjuangan itu memang teramat PENAT. Tidak dapat dinafikan. Namun ia akan menjadi NIKMAT bilamana perjuangan dimulai dan diakhiri pula dengan IKHLAS padaNYA semata-mata. Hanya mengharapkan REDHA dan PERHATIAN dariNYA. Bukannya kata-kata pujian dan dipuja sesame hamba.
Tidak malukah kita sebagai sebaik-baik Umat yang disebut didalam Al-quran. Tapi ‘self-performance’ jauh sekali tersasar dari ‘Content’ dan ‘Context’ Kalam tersebut?. Dan dengan penuh ragu-ragu kita ‘mengiyakan’ dalam nafi. Mengiyakan dengan bicara lisan. Menafikan dengan hati yang terkunci kemas. Terkunci daripada Kebenaran.
Ayuh, sudah hentikan semuanya. Masih belum terlambat untuk mulakan semula. Melakar KEJAYAAN yang sememangnya MILIK KITA SEMUA.
“Yup. I’m here. My ‘Amanah’ is here. But my ‘Goal’ is there”
“Never give up till the end. Smile”
MATALAMAT KITA MASIH JAUH, PERJALANAN KITA MASIH PANJANG DAN AGENDA KITA MASIH BANYAK
0 comments:
Post a Comment