Sunday, August 29, 2010

WAHYU MERDEKA




UMAT MERDEKA, JIWA HAMBA
Subhanallah, segala puja dan puji selayak bagiNya. Berstatuskan hamba di hadapan Allah merupakan suatu kemulian pada pandanganNya. Rasa bertuhankan Allah kemuncak kehambaan. Hamba yang meminta kepada Sang Khaliq bukti kebergantungan penuh kepada kuasa yang Maha Esa. Allah Maha Pemberi, memberi tanpa dipinta balas. Yang jelas hambaNYA lah yang sering alpa dan lupa akan pemberianNYA. Hanya ucapan Syukur, masih lagi terasa berat untuk diucapkan, apatah lagi dibalas dengan amal perbuatan.



Ingatlah, permintaan yang ikhlas lahir dari hati nurani pasti dikabulkanNYA. Semakin kita meminta kepadaNya,maka makin hampir pula kita kepadaNya, makin merasa diri sebagai hamba. Persoalan demi persoalan membelasah fikiran lantaran enggan tunduk dan patuh pada Sang Pemilik. Mahukah kita tergolong sebagai mereka yang memperhambakan diri kepada nasfu serakah dan sesama makhlukNYA?. Masih egokah kita, tika satu persatu kebesaran Allah, Tuan segala dilangit dan bumi diperlihatkan?. Tidak, sudah pasti tidak samasekali.




Hanya jika di dalam hati masih wujud rasa kehambaan kepadaNYA .



Merdeka, merdeka dan merdeka. Merdekakanlah diri kita daripada penghambaan selain daripada Allah. Merdekalah hati kita daripada belenggu iblis, syaitan dan nafsu. Bebaskanlah diri kita daripada kekuasaan fahaman selain Islam. Dan bebaskanlah diri kita daripada cintakan dunia melebihi cintakan Allah.



BEBASKAN DIRI DARI MAKSIAT


Zaman serba teknologi bererti zaman yang semakin dahsyat mehnah dan tribulasinya. Iblis dan syaitan yang berpengalaman memainkan peranan mereka. Merancang pelbagai strategi dan modus operandi yang lain tidak bukan matlamat mereka- menyesatkan anak-anak Adam dengan kesesatan yang nyata. Sungguh licik lagi halus muslihat mereka menjerat anak-anak Adam hinggakan yang jelas maksiat dihiaskan agar tampak sebagai ibadah. Yang haram seolah-olah selazat yang halal.



Era ini, semakin jelas pertembungan diantara Haq dan Batil. Antara Al-Quran dan Facebook yang mana satu pilihan kita. Sepatutnya Al-Quran lah menjadi keutamaan. Menjadi sahabat karib tika kesunyian. Menjadi teman tika jiwa resah dan gersang. Menjadi penasihat tika diri hanyut kealpaan duniawi. Menjadi pegubat tika hati dibaluti maksiat zahir dan batin. Menjadi pemotivasi tika jiwa luluh nan ujian menggila.




Rebutlah di sepuluh malam yang terakhir dengan mencari rahsia keagungan al-Quran. Bacalah dan renungilah rahsia disetiap huruf kalamullah. Dan ambil iktibar daripada kisah-kisah didalamnya. Tidak juga lupa mengaplikasikan tuntutan Allah melaluinya.




AKU TIDAK PEDULISME

Tika ini, sahabat seakidah seantero dunia tidak kita pedulikan. Tiada sepatah doa untuk mereka. Tiada langsung empati buat saudara seakidah. Diharapkan dihulurkan tangan bagi meringankan beban. Sebaliknya, di ringankan lagi tangan bagi menghulurkan beban. Ukhuwah dan persaudaraan hanya pada kata-kata dan tidak pada praktiknya. Sebagai halwa telinga penghilang kutukan ‘kau tidak pedulisme’.


Tanpa segan silu kau brkata;



“Ah memang aku tidak pedulisme , usah dipeduli mereka. Hanya hak aku keatas aku perlu diutamakan. Mereka siapa dan aku siapa. “



Biarpun mereka berlaukan rumput dan sampah. Biarpun rumah mereka hanya berbumbungkan angkasa, berlantaikan tanah dan berselimutkan embun. Biarpun mereka kehilangan keluarga yang tersayang. Kau tetap diri kau yang tidak pedulisme.



Benarkah kita juga begitu? Tepuk dada, tanyalah Iman.


Ditulis Oleh : rijal88 // 8:14 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.