Monday, August 23, 2010

BUAT SAHABAT



BELUM TERLAMBAT

Ibnu Atahillah telah berkata:

“Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan”

Disaat dan ketika ini suka aku berpesan kepada diriku dan memanjangkan pesanan ini kepada sahabat-sahabatku. Ingatlah, disaat kita mencari Keredhaan Allah terdapat permulaan dan juga pengakhiran. Permulaan kita mencari keredhaan Allah langkah kita menjalani kehidupan, dan pengakhiran kita adalah bertemu Allah, Rabbul Jalil.

Sahabatku, sejak dari awal langkah kita memulakan perjalanan ,kita sudah benar-benar kembali kepada Allah. Bererti berjalan menuju Allah dengan sepenuhnya, maka peluang kejayaan kita untuk sampai kepada Keredhaan Allah sangat besar.

Ini adalah kerana Allah pasti menolong kita sejak dari pertama kali kita memulakan langkah kita. Allah pasti akan menjaga kita agar tidak terputus perjalanan kita dan tersungkur di pertengahan jalan.

Sahabatku, usah mudah mengeluh apatah lagi mudah mengalah dan berputus asa. Kan Allah sangat mengasihi hamba-hambanya yang kuat. Ya, kuat kebergantungannya pada-Nya, dan kuat juga usahanya seakan tiada ‘Full Stop’ dalam pengabdian pada Yang Esa.

Seringkali kita meratapi barang yang tiada sehingga melupakan Nikmat-nikmatNya yang masih ada. Oh sungguh diri tiada bersyukur dan hampir sahaja kufur dengan Kurniaan-Nya. Kita terus dihantui dengan sifat rakus dan tamak sehinggakan dibutakan daripada nikmat-Nya yang melimpah ruah.

Ujian dan cabaran saban hari seakan makin menggila sekaligus mencabar iman dan taqwa . Seringkali kabur antara keutamaan dan sampingan. Jasad meronta-ronta nan kepenatan yang bukan main kepalang, malam dan siang tunggang terbalik dibuatnya. Jiwa sering merintih mahu segera dilepaskan beban dan belenggu sebagai penuntut ilmu. Hati pula semakin kusam lantaran sudah sekian lama hati tidak dibersihkan dengan Tarbiyah dan tidak digilap dengan majlis zikir dan ilmu yang mendekatkan diri kepada-Nya.

Namun aku yakin dan percaya kau mampu menghadapinya berbekalkan kebergantungan kepada-Nya dan kuatnya azammu mengejar matlamat yang tidak pernah padam. Dan diantara sahabatku, maafkanku, bukan aku tidak mahu menghulurkan bantuan, tetapi adanya batasan yang menghalang antara kita. Cukup bagiku mendengar kisah-kisahmu tanpa mengawasimu dari jauh apatah lagi menatapmu dari dekat. Kerana aku yakin kuatnya kebergantunganmu kepadaNya sepersis prinsip dan keazaman hidupmu.Sejujurnya,padaku dirimu antara yang teristimewa.




HANYA SEUKIR SENYUMAN

Bukan semudah “a,b,c” tidak bermakna sesusah ” x,y,z”. Tapi kita lah yang tentukannya. Hanya perlu mengukirkan senyuman di wajah kurniaan-Nya. Tiada rugi, tidak muflis. Senyuman terkandung beribu hikmah hingga tidak mampu diungkapkan melalui penulisan . Hanya sekuntum senyuman mampu mendamaikn jiwa dan mententeramkan hati di saat diri dilanda gundah gulana dan huru hara diluar sana bahkan mampu menjinakkan hati berkaratkan mazmumah.

Sahabatku, harga sebuah senyuman tidak ternilai. Beban yang berat dan menyesakkan seakan ringan dan terasa nikmat. Senyumanmu penawar duka, penyembuh hiba dan penyubur jiwa.

Sepayah mana sekalipun, seberat mana sekalipun, senyumlah.

Kerana senyumanmu adalah kekuatan jiwaku. Hanya seukir senyumanmu, amat bermakna padaku nan hati yang gersang disirami satu harapan baru. Ya, harapan baru yang mengagahkan langkahku takkala ia lemah longlai, kehabisan energi keazaman dan sesat hilang arah tujuan.

Ujian kesakitan saban hari tidak kelihatan sembuhnya, paling tidak sedikit terubat. Walaupun hanya sebuah senyuman. Ya hanya sebuah senyuman sudah cukup mengurangkan bebanku. Hanya Allah yang tahu ujian ini, bukan mahu mengadu sesama makhluk tetapi cuma senyuman kalian yang aku inginkan.

Sungguh bermakna walau hanya seukir senyuman.




Ditulis Oleh : rijal88 // 2:03 AM
Kategori:

1 comments:

Anonymous said...

:) senyuman buat sahabat

Followers

 
Powered by Blogger.