Saturday, August 14, 2010

LABBAIKA YA RAMADHAN




RENUNGAN

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.” (HR Bukhari)


ANTARA DUA WAJAH

Alhamdulillah kita masih diberi kan-Nya peluang dan ruang untuk merebut pelbagai tawaran istimewa disepanjang bulan yang dimuliakan oleh Allah. Disamping meraih Redha, Rahmat dan Maghfirah-Nya.

Kelihatan wajah-wajah berseri yang diterungkapkan melalui ucapan Tahmid dan pembuktian melalui amal perbuatan zahir. Merekalah yang memenuhi riwayat kehidupan mereka dengan ibadah-ibadah penuh ikhlas dan khusyuk. Tak kiralah dalam lapangan ibadah khusus atau umum mahupun dalam ruang lingkup sebagai penuntut ilmu.

Alhamdulillah, Allah telah memilih mereka malah menyuburkan hati mereka dengan kurniaan-Nya yang agung, “Sweetness of Iman”. Yang pasti mereka telah terdidikan untuk menjadi Mukmin yang lebih baik daripada sebelum ini. Keazaman dan harapan disasarkan padanya, moga-moga tercapai hanyasanya dengan izin-Nya. Hati mereka dibuka seluas-luasnya untuk beramal soleh serentak terbukanya Rahmat dan Keampunan Allah. Yang pasti Ultimate Goal, “Mardhotillah” yang diburu mereka.


Sebaliknya juga terdapat segelintir wajah-wajah yang kecewa dan resah dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak. Keluh-kesah pabila rutin harian sedikit tergangu, katanya. Makan, minum, choki2 versi asap dan coupling perlu di hold separuh hari. Penantian setengah hari bagikan penantian beribu tahun. Zahirnya kelihatan terazab di uji lapar dan dahaga. Manakala batinnya memberontak dan meronta-ronta mahu dibebaskan. Diharapnya Ramadan segera berlalu. Agar nafsu diberi peluang berpesta-ria. Tiada lagi belenggu yang tersiksa lagi membebankan.

Mereka terhinakan dan dihinakan lantaran menghina kemuliaan Ramadan dengan kemaksiatan yang tanpa rasa berdosa dan jauh sekali berkejar-kejaran merebut peluang setahun sekali saban tahun.

“puasa, namun hanya lapar, dahaga dan penat yang diraih”

“puasa, namun maksiat-maksiat amat sukar ditinggalkan”

“puasa, namun nafsu makin memboncah dan memuncak”

“Puasa, namun akhlak dan keterampilan lebih teruk daripda sebelum ini”

Sungguh berjaya doktrin yang diterapkan oleh Iblis and The Gang dalam menjajah hati dan minda anak-anak Adam. Buah tangan khas mereka kepada anak-anak Adam sebelum dipenjarakan, “Hati Mati disaat Jasad Hidup”

Moga-moga Allah tidak mengkategorikan mereka dan kita dalam golongan dimatikan Allah hati-hati mereka disaat jantung masih berdegup dan pancaindera masih berfungsi dengan baik.


“Tibalah Kepada kamu sekarang Ramadan, bulan penuh rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa(pada bulan ini). (Dalam tempoh itu) pintu-pintu langit terbentang dan pintu-pintu neraka tertutup dan diikat syaitan-syaitan perkasa. Didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, sesungguhnya dia amatlah rugi”

(Riwayat an-Nasaai, jilid 4, ms: 129)




Ditulis Oleh : rijal88 // 11:49 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.