ADA ERTI PADA NAMA
Dari dulu hingga sekarang aku masih tertanya-tanya disebalik ‘Namanya’. Pun telah diberikan penjelasan, namun masih belum benar-benar memuaskan hatiku. Sedar tidak sedar sudah lebih 22 tahun aku menetap di dalamnya. Mengukir 1001 nostalgia pahit dan manis bersamanya. Dari zaman Kanak-kanak Ribena, usia Remaja Jiwang Sunkist hinggalah kini melangkah ke alam Kedewasaan Teh Tarik (kurang manis..huhu).
Kampung Pangkal Changgong, cebisan Daerah Machang Kelantan, Kota Metropolitan tersohor. Nama kampung tempat aku membesar, pelik entah apa maksud disebalik nama tersebut. Apa yang penting, itulah tempat aku membesar, bertatih mencari erti hidup dan terus berlari-lari menorobos sempadan diri. Pangkal Changgong, penuh erti. Sungguh padamu ada erti padaku.
GENERASI MUSLIM, GENERASI POWER
Alhamdulillah, dengan bantuanNya dan kerjasama erat geng-geng junior,senior dan veteran kampungku. Dapat aku ketengahkan modul Islamic Society dengan pendekatan M2I~ Muafakat, Ibadah dan Ilmiah.
Implikasinya, Alhamdulillah kami berjaya mengkaderkn sebilangan Generasi Masjid; jemaah konsisten, pewaris bilal dan imam muda masjid sekalipan siak. Walaupun jumlah yang hadir ke masjid tidaklah seramai jemaah solat sunat Aidilfitri saban tahun. Namun, ia menunjukkan peningkatan ahli jemaah disamping hadirnya muka-muka baru di masjid.
“Jika tidak mampu lakukan kesemuanya, maka jangan tinggalkan kesemuanya”
Rasionalnya, menjadikan Masjid sebagai Pusat Tumpuan masyarakat. Tumpuan Ibadah. Ilmiah dan Muafakat. Bagaimanapun, ia hanyalah permulaan dan moga-moga ia permulaan yang baik dan terus istiqamah. Dengan keizinanNya.
Namun tidak dapat dinafikan usaha ini jauh lebih mencabar berbanding berada dialam kampus. Manakan tidak, banyak perkara perlu disesuaikan mengikut keadaan masyarakat kampung yang pelbagai macamnya disamping tiadanya sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama. Dan yang pasti, ia sama sekali berbeza dengan method dan kondisi di kampus.
Namun agak terkilan dengan kenalan yang bertitle kan agamawan atau lebih tepat mereka yang berlatarkan Islamic Education di institusi pendidikan yang melihat usaha ini adalah sia-sia. Senario lain pula yang berlaku kepada lmat-mat rempit dan budak-budak lepak serta yang tanpa islamic background yang lebih berminat dengan pendekatan ini. Aku bukan anti golongan agamawan, tetapi hanya segelintir bersikap begitu memberikan impak negatif kepada agamawan yang lain seluruhnya.
Moga-moga Allah memberikan Taufiq dan Hidayahnya kepada kami semua.
AIR MATA BONDA
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
“Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya tidak menjawab, lantas menghadiahkan senyuman kepada si anaknya.
“Aku tidak mengerti. Yang aku mahukan adalah jawapan”, menolog si anak.
Lama kemudian, si anak itu meningkat dewasa dan tetap bertanya-tanya. Mengapa wanita menangis. Kini, si anak tersebut semakin memahami nilai air mata wanita terutama bondanya.
Ya, jawapan mengapa wanita mudah sekali menangis.
Saat Allah menciptakan wanita, Dia menjadikan mereka sangat penting. Allah cintakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan luar biasa dari rahimnya. Dan seringkali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri. Ya, anaknya sendiri.
Allah berikan ketabahan yang membuatkannya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa. Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walaupun letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Bahkan Allah hanya tempat pengaduannya.
Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Dan akhirnya, Allah berikannya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Si anak itu tersenyum, seraya berkata, “Subhanallah, inilah BONDAKU”
Hajjah Fauziah Binti Awang. Ibu tunggal kepada 12 orang zuriatnya.
Ya Allah. Sesungguhnya aku masih berusaha dan masih berusaha untuk menjadi ANAK YANG SOLEH. Sebagai pembela kepada AYAHANDA DAN BONDAKU seperti yang telah ENGKAU janjikan.
0 comments:
Post a Comment