MEROBOH TEMBOK KEEGOAN, MEMBONGKAR REALITI
Salam Keamanan,
Dunia linkungan 360 darjah menyaksikan kezaliman dan keangkuhan Israel berdasarkan tragedi serangan mereka terhadap konvoi aktivis-aktivis ke Gaza. Siri Drama Israel semakin menampakkan ke penghujungnya. Wajah sebenar Zionis kian tersingkap luas dibalik Tirai Temberang keamanan sejagat yang mereka cipta.
Yang pasti Negara Haram Star David tidak lagi sanggup berlakon sebagai watak yang bersih daripada jenayah antarabangsa yang terlampau. Maka keluarlah watak-watak yang memainkan penanan sebenar, ‘Israel, Zionis Dan Yahudi Sang Pelampau’ di pentas dunia.
‘Tanpa segan silu, tidak sanggup lagi menunggu, tanpa ragu-ragu, Fantasi Israel Raya diburu’
Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia yang menghuni bumi Palestin. Namun jauh sekali sangkaan kita tersasar. Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Israel pasti bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan dan cuba menyingkap kezaliman mereka.
Buktinya, mereka dengan rakus membunuh dan membaham aktivis-aktivis di dalam kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mempertahankan diri tetap menjadi penghalalan perbuatan mereka.
Dan mereka yang bacul dan berkepentingan masih mengiyakan kesucian Sang Penghancur?
Kita menilainya dengan fakta bukan dengan hukuman yang mengkhinzir buta dalam mengkategorikan yahudi sebagai bangsa yang ekstremis, bongkak dan zalim. Sebaliknya kita menilainya dengan realiti yang berlaku di hadapan mata kita. Melainkan mata kita telah dibutakan oleh racun ‘Matlamat menghalalkan cara’.
ANTARA PUBLISITI DAN TANGGUNGJAWAB SEJAGAT
Isu ini jelas dilihat amat sepi di dunia mahasiswa. Bahkan siri drama ‘Adam & Maya’ dijadikan keutamaan dalam topik perbicangan. Barangkali kehangatan Piala Dunia lebih bertakhta dihati. Mungkinkah ‘Ketika Cinta Bertasbih’ masih kemas memaut kita.
Apapun Mahasiswa dasawarsa ini khususnya Mahasiswa Islam terus lentok dengan belaian cintan-cintun kononnya berasaskan fitrah setiap insan, yang menghalalkan perbuatan mereka. Bius Kealpaan yang disuntik oleh Yahudi dan konco-konconya dilihat amat berkesan terhadap golongan ini.
Masakan tidak, budaya Hendonism terus menjajah mereka. Pergaulan bebas tetap beraja dihati mereka. Kerutuhan akhlak disana sini terus bermaharajalela.
Amat menyedihkan bilamana sebahagian organisasi-organisasi atau parti politik mengambil kesempatan di atas malapetaka ini. Bukan isu umat yang dilaungkan, bukan faktor hak asasi manusia menjadi tuntutan jauh sekali atas dasar keterikatan Akidah diperjuangkan. Hakikatnya publisiti murahan, pembersihan nama dan pengagungan jasa yang diminta simpati
’Biarpun perut kenyang, jasa sentiasa dikenang. Hakikatnya jiwa kontang, hati tidak sesekali tenang’.
‘Boikot barangan Yahudi, Laungan Takbir sebagai Ton Islami. Namun harta rakyat terus dijoli, Soal Halal-Haram usah dipeduli, Perlembagaan hidup adalah Cara hidup Yahudi.’
Kemandulan pemimpin Negara-negara ‘Islam’ semakin terwajahkan. Negara-negara Arab yang berjiran terus membisu dan memekakkan telinga. Usah diharap dihulur bantuan. Sebaliknya diringankan tangan, dihulurkan lagi beban. Sunyi-sepi tanpa bantahan, tanpa bantuan. Yang hanya diungkap Oh I See (OIC).
Hanya Negara Turki yang begitu lantang memperjuangkan. Pada mereka isu ini bukan hanya isu hak asasi manusia semata. Bahkan isyarat semboyan ‘Perang Akidah’ ingin disahut. Sang Gergasi, Amerika Syarikat dan Sang Licik, Israel langsung tidak digeruni. Sebaliknya Turki semakin digeruni dan terus berdiri gah di persada dunia.
Pimpinan kerajaan Malaysia? Anda sendiri menilai dan putuskan.
RENUNGAN
Sesungguhnya isu ini, adalah tanggunggjawab setiap umat seantero dunia. Bertindaklah mengikut kapasiti dan kondisi masing-masing. Jangan jadikan amanah ini sebagai suatu yang asing.
Yang pasti gerakkan usaha, tidak sesekali berputus asa, yakinilah kemenangan Islam telah dijanjikan Yang Esa.
"Aku tidak takut ramainya bilangan musuh! Betapa canggihnya peralatan perang dan betapa bijaknya strategi perang mereka. Apa yang aku takut, dosa yang dilakukan oleh kaum muslimin"-Saiyidina Umar.
ALLAHU AKBAR 3X
0 comments:
Post a Comment