Kelihatan seorang penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat,PALESTIN.
Inilah tindakan biadab kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Dilaporkan pendatang haram Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat sebelum fajar semalam, tindakan kedua mencemar masjid dalam tempoh dua minggu. Masjid itu terletak di Lub-ban ash-Sharqiya kira-kira 10 kilometer selatan Nablus, sebahagian besarnya musnah dalam serangan, kata Datuk Bandar, Jamal Daraghma.
Jika kita masih ingat Disember lalu, penduduk haram Yahudi merosakkan satu lagi masjid di utara perkampungan Tebing Barat di Yasuf, membakar Al-Quran dan menyembur mesej kebencian dalam tulisan Yahudi. Insiden itu mencetuskan pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel. Seorang budak lelaki 17 tahun di penempatan Yahudi berhampiran kemudian ditahan
"Masjid dibakar tanpa kita rela, meninggalkan solat berjemaah kita relakan"
CERITA LAMA YANG SAMA
Namun, kita? masjid dan surau hanya tersergam indah. Karpet dan seramik diimport, betapa menunjukkan Islam mementingkan keindahan dan kesenian. Namun pabila seruan dilaungkan hanya Imam, Bilal dan Siak yang istiqamah membarisi saf-saf. Bahkan program-program berbentuk spiritual dilihat mandul sama sekali. Yang menarik masjid menjadi port utama sebagai sumber internet, sudah tentu laman sosial menjadi pilihan.
Sedih dan Marah apabila Masjid dibakar, Islam dihina dan Rasulullah dicaci? Tapi sahutan 'Hayya 'Ala Solah' tidak kita sahuti. Seruan Rasulullah menuntut kita solat berjemaah; kita butakan mata hati, pekakkan telinga dan kaki menjadi lumpuh serta-merta. Tidak marah dan sedihkah kita apabila kita sering mencari alasan untuk tidak menunaikan solat berjemaah.
Kita sepatutnya memahami seruan nabi yang bermaksud:
”Solat berjamaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan mendapat lebih dua puluh tujuh darjat”
Sedar tidak sedar kitalah suspek utama berlakunya penghinaan terhadap Islam bilamana solat berjemaah sebagai sumber kekuatan dan kesatuan kita abaikan
I’m back on 2020!!
4 years ago
0 comments:
Post a Comment