Tuesday, March 23, 2010

OLE~OLE KLBF ‘10


JATUHNYA SEBUAH TAMADUN


Buku ini mampu memberikan kesedaran dan iktibar tentang jatuh dan bangunnya sebuah tamadun yang pernah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan manusia. Malahan, buku ini turut membicarakan secara komprehensif bermula dari proses pembinan tamadun oleh Nabi Muhammad dan diikuti dengna kemajuan dan kemunduran tamadun Islam pada zaman dinasti. Saya yakin dan percaya buku ini wajar dibaca oleh mereka yang ingin memahami faktor-faktor kemunduran yang dialami oleh umat Islam hari ini.



AGAMA DAN POLITIK


Islam merupakan agama yang ‘Syumul’ yang merangkumi segenap aspek yang tidak hanya terbatas dalam membicarakan hal ehwal Agama semata-mata. Bahkan saya berpegang bahawa merupakan suatu kebaikan dan keperluan bilamana politik masuk ke dalam agama, bukan untuk menjadikan agama sebagai tunggangan atau sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain. Melainkan untuk menjadikan agama itu sebagai petunjuk agar terwujudnya suatu pemerintahan yang adil berdasarkan pemesyuaratan dan setiakawan sosial.


Moga-moga buku ini dapat menyedarkan kita semua agar meyakini bahawa untuk menjadikan agama itu sebagai suatu kekuatan pendorong agar politk menjadi alat penolong kebenaran dan sarana berbuat kebajikan.





DINASTI UMAWIYAH


Buku ini adalah sebuah catatan sejarah tentang salah satu dinasti terbesar dalam rentangan sejarah Islam. Diharapkan dengan menelaah buku ini kita akan dapat gambaran yang utuh tentang kisah awal berdirinya Dinasti tersebut disamping biografi para khalifah yang pernah memimpinnya, catatan peristiwa politik, sosial, ekonomi yang terjadi di dalamnya, yang kemudian diakhiri dengan kesimpulan umum “kewujudan” Dinasti Umayyah.



Ditulis Oleh : rijal88 // 1:52 PM
Kategori:

1 comments:

Anonymous said...

#PERHATIAN#

~Anda bleh mndptkn discout 30% d booth PTS dgn mnunjukn kad plajar anda(MTRX CARD)

~Jom serbu PWTC skrg!!KLBF 2010

Followers

 
Powered by Blogger.