Thursday, May 13, 2010

BERJIWA SINGA ATAU BERJIWA SESUMPAH

“1 AKIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN”


Saya cukup kagum dengan pendirian berani Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan yang telah memberi amaran jika tindakan keras Zionis berterusan berlaku di bandar al-Quds akan menyebabkan keseluruhan rantau tersebut terbabit sama. Apa yang lebih menarik beliau juga memberi amaran bahawa usaha Zionis untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut akan menyebabkan akibat yang tidak baik. Amaran tersebut sekaligus memberikan signal yang tegas terhadap pendatang haram Zionis bahawa umat Islam tidak selamanya boleh disiat-siat semahunya.




Difahamkan amaran ini dikeluarkan oleh beliau ketika berucap semasa sidang luar biasa bagi jawatankuasa eksekutif Persatuan Parlimen Pertubuhan Negara Islam yang memulakan sidangnya di Istanbul pada hari Isnin yang lepas(10/5).


“Sebab utama penubuhan Pertubuhan Negara Islam ialah kebakaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 sambil menegaskan kedudukan tinggi yang dimiliki oleh al-Quds dalam hati setiap muslim di dunia.”- Erdogan


Saya kira hingga kesaat ini belum pun ada lagi mana-mana pemimpin kerajaan(Islam) yang berani meyuarakan bantahan mereka secara terang-terangan dan hanya berani berbisik, “OIC~Oh I See”. Realitinya rata-rata mereka tanpa segan silu untuk sujud menyembah keEgoan bangsa yahudi(Zionis), bermakna menghalalkan perlakuan Zionis terhadap saudara mereka sendiri. Malah menjadikan mereka sebagai Idola dan sahabat karib sehidup dan semati.


Saya yakin dan percaya mereka yang berjiwa singa tidak selamanya membiarkan umat Islam terus diratah dan diperkosa dengan rakusnya. Dan mungkinkah ‘Turki Uthmaniyyah Ke-2” semakin menampakkan sinar kebangkitannya di ufuk Turki?. Dan bayangan Sultan Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh juga menaungi Erdogan dalam kepimpinannya? Perlu diingat masa depan Islam merupakan amanah kita semua dan perlu jelas “Islam Is My Way Of Life” dan “Muslimeen Are Brotherhood” bukan hanya pada slogan yang perlu dikosmetikkan, namun perlu dipraktikkan secara komprehensif.


“1 KEHANCURAN: MAKSIAT BERTEBARAN, DOSA USAH DIPEDULIKAN”


Senario lain pula yang berlaku di Malaysia apabila kerajaan meluluskan dua agenda gejala social(Judi hala & Konsert 12 Jam) yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat di negara ini. Justeru jauh sekali bagi mereka membicangkan solusi yang efektif bagi membantu sahabat-sahabat seakidah di Palestin. Yang kedengaran hanyalah NGO yang tegar membantu umat Islam disana.


Saya melahirkan kebimbangan bahawa tindakan kerajaan telah menghalalkan aktiviti yang haram itu akan membarah, misalnya untuk jangka masa panjang Kumpulan Berjaya(syarikat yang diberikan mandat penuh untuk mengkoordinasikan aktiviti ini) akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya. Maka tidak hairan suatu masa nanti media-media di Malaysia akan dipenuhi oleh iklan-iklan judi ‘Halal’ menurut pandangan mereka.


Agak menyedihkan apabila yang meluluskan lessen tersebut diketuai oleh orang Islam sendiri. Tidak susah sebenarnya untuk orang Islam memusnahkan Islam itu sendiri. Hanya di hujung jari mereka. Orang-orang yang meluluskan juga tidak memandang kepada kehidupan seterusnya. Sedar tidak sedar ini merupakan pengorbanan besar pemimpin Melayu Islam untuk agamanya.


Saya menegaskan kita perlu menentang perkara ini. Namun hakikatnya kita bersendirian tidak mampu menghalang orang Islam mengetuk kaunter TOTO dan 4-D, meminta dihulurkan beberapa keping kertas putih dan bersinar matanya mengharapkan ‘Tuah Haram’. Sebagai permulaan marilah sama-sama kita menyatakan bantahan kita:

Jom turun berdemo. Bantah ‘1 Judi’ dan konsert ‘1 Maksiat’.



Sahabat-sahabat sekalian, kejatuhan islam dan penhinaan yang berterusan terhadap umat Islam adalah akibat daripada tangan-tangan kejahilan dan kedangkalan akal kita semua lantaran tidak mengambil iktibar daripada sejarah yang lampau. Dan saya tidak menafikan terdapatnya konspirasi dan kerjasama erat antara musuh-musuh Islam bagi melumpuhkan kita semua. Namun perlu diingat, kekuatan mereka hanya berdiri di atas kelemahan kita semua. Ya, mereka memanfaatkan ‘Sunnatullah’ bagi mengalahkan kita.


Rijal 88

UIAM GOMBAK


Ditulis Oleh : rijal88 // 8:51 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.