Wednesday, August 26, 2009

Maafkan Agar Dimaafkan


Dulu saya amat yakin dan percaya bahawa momohon maaf lebih sukar daripada memberi maaf. Namun kini saya berpendapat bahawa memberi maaf jauh lebih sukar daripada meminta maaf. Sejenak berfikir- Segala apa yang pernah dibaca di dalam al-Quran, Hadis dan buku-buku malahan input-input dari Kuliah-kuliah Agama begitu sukar untuk dipraktikkan. Benar, membaca sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu tidak dipraktikkan.Apabila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya.

Masakan tidak, Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Persoalan- Mampukah diri memaafkan disaat berkuasa membalas? “Forgive and Forget”? Wah jauh sekali! Nak lupakan? Nak memaafkan pun dah sukar!

“Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘dihantui’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kita akan terlepas. Kita akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dibebankan ke atasmu. Itu sakit, perit. Maafkan, kita akan sihat,kita akan bebas!”

“Mengapa begitu sukar memaafkan? Ya, kita ego. Rasa besar diri. Apa punca ego? Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah, akan merasa kekerdilan dirinya”


Cuba bayangkan, kasih sayang Allah.kalau sesorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, maka bertaubat lagi, namun Allah masih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat.

Sebab itu kata Imam al-Ghazali, “setiap hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sesekali putus asa untuk betaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju jalan taubat!”

Sedarilah, betapa kecilnya kesalahan manusia sesame manusia, berbanding dosa manusia dengan Yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar manapun dosa kita, dari insan yang hina ini kepada-Nya, Zat Yang Maha Mulia.

Di bulan Mulia ini, maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di Mahkamah KeadilanNya. Allah Maha Pengampun, dan suka kepada orang yang suka memberi maaf. Maafkanlah agar dimaafkan.



MENCARI, MEMILIKI DAN MEMBERI

Ditulis Oleh : rijal88 // 8:09 AM
Kategori:

1 comments:

munadhia said...

Salam.
Maafkan juga andai ad slah silap.

Punya pengalaman tidak bertegur sapa dgn saudara sndiri selama tiga tahun lamanya. hanya kerana takut untuk meminta maaf. tiga hari dah x bau syurga inikan 3 tahun. bygkn betapa bsar dosa ni.sedangkan dia saudara kandung sndiri yang hidup sebumbung. tapi, Allah Maha Mengetahui, betapa dlm tempoh 3 tahun 2 sgt seksa menyekat kemahuan hati untuk minta maaf. memang dinamakan ego bila menantikan dia dulu mnta maaf. Tapi, Alhamdulillah akhirnya, Allah kuatkan hati ana utk minta maaf. Tingkatan 1, ana baru celik sdikit dgn hukum hakam agama, ana sedar ana da byk buat silap. jadi, ana nekad utk minta maaf. Dan, bila kita dimaafkan dan bila semua slh kita dilupakan...itulah saat yg paling gmbira dn bahagia.Rasa terlepas dari 1 beban dosa. pengalaman ni sbg satu pengajaran buat diri. memang dlm hidup plu ada sifat memaafkan setiap saat selagi kita masih bernafas. tundukkan ego, apa salahnya. kata kita hamba hina...kita memang x sempurna dan memang xde sifat maksum yang hanya ada pada rasulNya...

Jadi, maafkanlah..smoga Allah membalas sifat pemaaf kita dengan infiniti sifat pemaafNya terhadap kita.Dan, memang Allah Maha Pengampun atas segala2nya. Jadi, tak malukah kita yg bersalut beban dosa bertimbun ini untuk bersifat ego?

Sekadar pesanan buat diri juga.
Wallahu'alam. Wassalam.

Followers

 
Powered by Blogger.