Sunday, August 23, 2009

Bukan Ramadhan Yang 'Gitu-gitu'

Ramadan datang dan pergi. Adakah kembara hidup kita terus di naungi oleh teguh Keberkatannya. Tahun demi tahun, adakah kita semakin menghampiri Takwa yang menjadi tujuan? Atau Ia terus memecut, berlalu meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadan terus tidak sempat kita cecah walaupun secebis Rahmat, Keberkatan, Maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi Tagihan.


Ah, Jauh Ramadhan daripada kita apabila diukur pada hasilnya. Dan kita? Masih gagal mengawal Nafsu Amarah pada Fatrah Ramadan ini. Padahnya, sewaktu itu terasa kita patut “melepaskan” marah, sedangkan orang bertakwa sentiasa mengawalnya.


Pemaaf?? Ya Allah belum lagi. Kadang-kadang hanya kata-kata dan perbuatan zahir memberi maaf, namun ‘Rasa’ di dalam dada masih menyimpannya.


Kata-kata Sahabatku masih segar diingatan:


“Perubahan dalaman ini perlulah kita mulakan dalam diri masing-masing. Orang lain hanya boleh pesan-memesan sahaja”





Dulu di kampung, Ramadan disambut meriah ketika zaman kanak-kanak. Berbuka di surau bersama teman-teman dan kemudian setia menuggu Moreh sambil menyakat Imam dan Makmum dengan Irama Mercun.


Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau- puasa tak boleh makan minum, berbuka, sahur, solat terawih, main mercun dan beraya…..Yang penting sekali Baju Raya, Duit Raya dan kuih-muih raya.


Alangkah indahnya! Tapi tahun demi tahun berlalu, kita digamit usia..sepatutnya pegertian Ramadhan semakin mendalam.


“Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa diisi. Kita diterjah pertanyaan; sampai bila Kewajipan itu perlu berlalu tanpa berkesan pada Jiwa”..AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


MENCARI, MEMILIKI & MEMBERI

Ditulis Oleh : rijal88 // 1:44 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.