Monday, September 7, 2009

MaCaM-mAcAm

“Busy Body” Cara Islam

Setuju atau tidak jika saya katakan:

“Kita kena busy body sebab kita semua satu body

Saya maksudkan, terpulang cara mana kita memahamkannya dan melaksanakannya. Merasai kesusahan orang lain kemudian membantunya itu sikap yang terpuji. Itulah busy body dalam Islam. Tapi kalau tak kisah langsung, perihatin pun tadak, simpati pun tidak, apalagi nak empati dan menolong, susah kita nak dinilai sebagai Mukmin Sejati.

Tapi yang silapnya kita, tak betul cara faham dan praktiknya. Bila melihat satu kelemahan atau kesamaran, ada pihak yang mencerca, mengumpat, bersangka buruk bahkan lebih kronik fitnah memainkan peranan….Inilah busy body yang dilarang. Nak membantu tidak, heboh jer lebih. Bila kain terselak bukannya nak ditutup tapi diselakkannya lebih-lebih lagi.

Semalam saya terima satu mesej daripada sahabat saya, ahli ‘Kelab Dakwah’ di kampus tempat saya belajar. Waktu tu saya berada disekitar jalan TAR bersama saudara saya:

“Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. Sepatutnya Anta lebih tahu batas-batas antara lelaki dan perempuan bukan muhrim dalam Islam!!”


Agak lama saya cuba memahami maksud ‘Mesej Syadid’ tersebut sambil mencari-mecari kelibat sahabat saya itu. Tersenyum hibur dan geleng-gelengkan kepala, saya membalas mesej tersebut;

“Syukran jiddan Ya Akhi atas peringatan, Ha ah ana tengah ‘Dating’ ngan akak ana. Bahagia rasenya, nak join sekali?Meh arr…”

Wahai pendokong Islam,anda perlulah bijak memahami situasi, silap memahami situasi maka terhasillah suatu keputusan dan tindakan yang Semberono. Saya berpesan kepada diri saya dan memanjangkan pesanan tersebut kepada para Da’ie agar belajarlah tentang uslub dakwah, akhlak seorang Da’ie dan berkaitan dengannya agar tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.

Persoalannya anda adalah Da’ie ataupun Penghukum?

Pertimbangan Yang Adil

Tentu sekali keadilan adalah tuntutan akal dan syariat. Keadilan adalah tidak terlalu berlebih-lebihan dan tidak juga meremehkannya. Saya menyeru kepada mereka yang mengaku sebagai seorang Da’ie agar mengendalikan setiap perasaannya agar mampu bersikap adil dalam setiap keadaan sama dalam keadaan marah, gembira dan sedih. Perlu diingat, tindakan yang berlebihan atau melampau batas dalam menyingkapi suatu peristiwa boleh mewujudkan kezaliman kita terhadap sasaran dakwah dan diri kita sendiri.

Dan sebenarnya hajat dihati juga ingin menyertai Kelab ini, borang dah isi dan dah pun dihantar, namun masih belum dipanggil untuk bekerja. Barangkali saya masih belum lagi memenuhi kriteria-kriteria Kelab tersebut-Thaqafah, pengalaman, soft skil dan beberapa aspek yang lain.

Ya,pandangan sebagai seorang ‘Outsider’ selalu tersilap bahkan tersasar dari kondisi sebenar, pandangan seorang ‘Insider’ juga kadang-kadang terbabas. Jika Virus SS (Syok Sendiri @ Sero Sedak) melanda Insider maka mereka hanya mengguna pakai pandangan sendiri tanpa menganalisis feedback daripada massa dan tidak mengikut irama dan rentak semasa yang sentiasa berubah-rubah. Sebagai mewakili sasaran dakwah di kampus- Sebenarnya kami belum merasai kewujudan Kelab kalian bahkan ‘Gelombang Dakwah’ kalian hanya di Banner.

Renung Sejenak

Mereka yang telah menjiwai maksud kebenaran akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat bagi hati untuk memperkuatkan keimanan. Sebaliknya mereka yang tidak menjiwai maksud kebenaran, akan hanya menambah goncangan ketakutan, buruk sangka sesame makhluk lebih-lebih lagi kepada Rabbul ‘Alamin.


MENCARI, MEMILIKI DAN MEMBERI

Ditulis Oleh : rijal88 // 9:27 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.