“Semakin hari semakin jauh aku dariNya. Seolah-olah semakin hari semakin tidak kenal Sang Pencipta. Aku busy sangat ker? Sebenarnya selama ni aku bersebab atau banyak beralasan? Aku mahu berjuang tapi Kemanisan Perjuangan pun belum ku rasai. Ya malam lalu, seorang teman seperjuangan bertanyakan aku tentang kemanisan dalam berjuang secara spontan. Namun hakikatnya aku tidak mampu untuk menjawabnya kerana aku belum merasainya. Ikhlaskah aku dalam berjuang selama ini? Satu lagi soalan juga tidak mampu ku jawab.”
“Migrain pun makin menjadi-jadi, bukan makin elok tapi makin teruk ade la. Mata pun makin hari makin kabur. Bahkan banyak memberi kesan kepada Akademikku, Ibadatku dan Perjuanganku. Ubat dari Hospital bertimbun-timbun. Tapi aku pantang menjamahnya. Ya senyumanku hanya sebagai tanda selindung disebalik ujian ini. Mungkin aku dilihat tabah namun aku sangat lemah. Senantiasa memerlukan nasihat dan bimbingan .”
“Hai...masuk malam ni dah 10 malam aku tak dapat tidur malam. Teman sebilik lain nyenyak di ulik mimpi, namun aku? Mata tak mahu mengalah. Adakah nikmat tidurku ditarik oleh Nya lantaran jarangku bersyukur pada Nya. Tapi aku cuba berfikiran positif bahawa aku boleh menggunakan waktu tersebut untuk study, muhasabah diri, topup ilmu melalui alam maya dan banyak lagi ”
“Ya hari ini aku betul-betul down. Keadaan kesihatan sejak akhir-akhir semakin menghantuiku. Mahu mengadu pada siapa Family, Roomate, Teman-teman seperjuangan? Apa sangat yang mereka boleh buat? Nampak sangat aku terlalu bergantung pada Makhluk. Seolah-olah hilang sudah DiriNYA dari Diari hidupku ”
“Adakah ini suatu ujian dari Nya sebagai tanda sayangNya padaku atau sebagai Kifarat atas dosa-dosa yang telah ku lakukan? Jika begitu, so cepat-cepatlah berubah. Nak tunggu sampai bila? . Just think Positive and Look Forward O RIJAL”
“Alunan Surah Luqman dan Lagu Last Breath dendangan Hafiz Hamidun membantu memotivasikan diriku”
JIWA DAN ROH KEMBALI SUBUR
“Disebalik ujian terkandung RahmatNYA”. Kata temanku.
Input Khutbah Jumaat hari ini cukup terkesan bagi diriku. Hari ini suatu kelainan khutbah jumaat di Masjid Kolej Islam Malaya PJ kerana ia bukan disampaikan oleh Imam Muda atau Imam Tua Namun disampaikan oleh Exco Selangor yang juga Motivator tersohor Dato’ Dr Hasan Ali.Ya Suatu kejutan buatku. Beliau berjaya mengetuk hatiku, membakar semangatku dan menghidupkan kembali SUIS hidupku yang terSHUT DOWN sebelum ini.
Isi Khutbah yang lahir dari ilmu, penghayatan dan hati Khatib itu sendiri sesungguhnya dapat menawan hati-hati mereka yang ketandusan Iman berbanding terikat dengan teks bacaan. Beliau memulakan khutbah dengan persoalan Taqwa yang sememangnya tempat tumpuan Allah pada diri kita. “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah berdasarkan taqwa kamu”
Seterusnya beliau menyedarkan sidang jumaat dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Khalifah di muka bumi ini. Sedar tidak sedar kebanyakkan haluan hidup kita jauh tersasar daripada haluan sebenar lantaran terpedaya dengan tipu daya Syaitan Laknatullah.
Khutbah jumaat diakhiri dengan peringatan berkali-kali tentang sahutan ANSARULLAH daripada kita agar segera bangkit, segera sedar, segera bertindak bagi menegakkan kalimah Tauhid disegenap alam ini. Sesungguhnya aku menyahutya kerana NAHNU ANSARULLAH.
“Hidup ini tidak terlepas daripada ujian, lebih-lebih bagi mereka yang mewakafkan hidup mereka pada jalan INI. Makin besar ujian, makin besar ganjarannya disisi Allah.”
1 comments:
salam mujahadah..salam dakwah..
ana bukan pendakwah yang hebat..dan ana bukan pejuang yang kuat..setiap manusia ada jalan kehidupan mereka masing2..dan apa yang kita perolehi dan lalui inilah jalan kehidupan kita..berkata tentang ujian, bukan topik bagi ana.kerana ujian ana tidak sehebat yang Allah bagi pada nta dan sahabat2 yang lain..namun, manusia..tetap merasa bila mana Allah hadirkan dalam perjalanan hidup..
ada orang yang Allah bagi satu sahaja ujian untuknya tapi besar dan berat..bahkan ada orang yang Allah bagi untuknya banyak dan berbagai2 sekalipun lebih ringan..
masing2 mengatakan ujian yang mereka perolehi berat dan tak tertanggung..
lalu ana teringat kata-2 seorang ustaz:
sebagaimana firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 286..
kata ustaz: 'yakinlah bahawa ujian yang menimpa ke atas kamu itu adalah sebagaimana kemampuan kamu kerana Allah yang menciptakanmu Maha Tahu siapa kamu..lalu siapa lagi yang lebih tahu kamu daripada Alah??dan ap yang mmbuatkan kamu ragu dan lemah adalah perasaanmu yang datang dari nafsu'..
dan ana suka untuk mengingatkan diri ana dan sahabat2 yang dikasihi Allah, ingatlah pada ayat ke 17 surah al-Luqman.." wahai anakku (Luqman berpesan pada anaknya), laksanakanlah solat dan serulah manusia kepada kemakrufan dan cegahlah dari kemungkaran, dan berSABARlah ats apa yang MENIMPAMU, sesungguhnya itu termasuk perkara yang PENTING"..
apa yang menimpa pejuang agamaNya??baik datang dari mad'u atau tarbiyah terus dari Allah, maka bersabarlah atas keduanya...
semoga kita tergolong dari golongan orang2 yang mendapat mengampunan dan redha dariNya...
wassalam
Post a Comment