Thursday, April 23, 2009

AKU MAHU TERBANG

Saya bawakan dua analogi untuk sama-sama kita renungkan:

“Kita melihat langit, lalu kita mencipta layang-layang dengan harapan dapat menerobosi angkasaraya ”

“Musuh juga melihat langit, lantas mereka mencipta roket yang serba canggih dengan matlamat menguasai angkasaraya seluruhnya”.

Mungkin sekali kita mendakwa bahawa kita sudah cukup mantap dari segi berfikir, merangka strategi dan merealisasikan strategi dalam bahasa perlaksanaan. Namun adakah realitinya begitu? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, maka perlulah kita analisis semula dengan lebih serius.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bahawa sebenarnya kita terlalu jauh ketinggalan di belakang musuh kita dari aspek memahami senario semasa, merangka strategi dan peringkat perlaksanaan. Namun saya berpendapat bahawa sebenarnya kita lambat memahami kondisi semasa sama ada di peringkat kampus ataupun di lapangan masyarakat, apatah lagi pada fasa strategi dan perlaksanaan.




THARIQ BIN ZIYAD



Tariq bin Ziyad merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam lembaran sejarah dunia. Beliau telah melakar sejarah sebagai pembebas Kota Andalusia dan di kawasan sekitarnya di bawah Gabenor Islam yang berpusat di Afrika, Musa bin Nusair. Beliau pada mulanya seorang hamba dan akhirnya dimerdekakan seterusnya diberi kepercayaan oleh Musa bin Nusair sebagai pembantunya.


Seterusnya beliau diberi kepercayaan memimpin seramai 12000 tentera islam yang terpilih ke Kota Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran mereka adalah meninjau kekuatan musuh disamping menunggu bantuan tentera yang akan dipimpin sendiri oleh Musa
bin Nusair. Namun begitu Tariq bin Ziyad seorang yang bijak menganalisis SENARIO semasa dengan bertindak bertempur dengan tentera Gotik yang dipimpin oleh Raja Roderiga pada 19 Julai 711 masihi yang kemenangannya berpihak kepada tentera islam di bawah pimpinan Panglima Tariq bin Ziyad.


Apa yang menarik adalah kebijaksanaan Tariq bin Ziyad dalam merangka STRATEGI dengan membahagikan kepada empat pasukan yang diketuai oleh seorang panglima sebelum dihantar ke Kota Kardoba, Malaga, Granada dan Toledo, ibu Kota Andalusia. Keempat-empat kota tersebut dapat ditawan dengan mudah oleh tentera islam tanpa mendapat tentangan yang sengit. Tambahan pula PERLAKSANAAN dakwah dengan berhikmah oleh tentera islam telah Berjaya membuka hati penduduk setempat bagi menerima Addinul Islam.



Saya dapat rumuskan disini bahawa antara factor-faktor kejayaan tentera islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad adalah kebijaksanaan menafsirkan senario semasa, strategi yang mantap dan perlaksanaan yang efektif dan fleksibel.



PERSOALAN



Telah timbul beberapa persoalan daripada saya kepada kita semua selaku para pendokong islam. Persoalan yang pertama, adakah kita bijak menganalisis Senario semasa dan bijak mengambil peluang daripadanya? Sebagai contoh; Kita telah benar-benar memahami kondisi massa sama ada di dalam atau di luar kampus. Ataupun masih lagi menggunapakai analisis terdahulu yang hanya sesuai pada ketika itu tanpa mengmbil kira perubahan semasa dan mendatang.


Persoalan kedua
, adakah kita masih lagi lesu dan lemah diperingkat Strategi? Sekaligus mencacatkan diperingkat perlaksanaan. Alangkah malangnya andaikata kita mampu memahami senario semasa namun gagal diperingkat perlaksanaan.


Persoalan yang ketiga
, adakah perlaksanaan kita bersifat menyeluruh, fleksibel dan selari dengan strategi yang telah kita gariskan?. Andaikata tidak. Nampaknya barangkali kita hanya bijak berstrategi, meeting hingga 3-4jam sehari bagi merencana strategi. Ya, tidak cukup dengan pelbagai idea-idea yang dilontarkan hingga masing-masing kelihatan hero dalam perencanaan. Namun diperingkat perlaksanaaan “hanya indah khabar dari rupa” ataupun lebih tepat lagi “Indah strategi, hampeh perlaksanaan”.


Jika hakikatnya kita begitu, ‘Aku Ingin Terbang ’ hanya fantasi yang jauh daripada realiti.

Ditulis Oleh : rijal88 // 7:09 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.