Sunday, April 26, 2009

JALAN-JALAN CARI INFORMASI


Akhirnya hari ini tercapai juga hasratku untuk ke Kuala Lumpur International Book Fair(KLIBF) di PWTC. Sebenarnya telah lama aku merancang untuk ke Book Fair tersebut namun disebabkan beberapa faktor yang menghalangku ke sana iaitu poket kering, takdan masa dan masalah kesihatan. “Kita merancang tapi Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik- baik perancang”.


NOSTALGIA LALU



“Mu sakit ker? Dari tadi aku perhati mu duk sengih sorang-sorang.”tegur temanku memecahkan lamunanku.

“Tak dop gapo eh, cume teringat zaman sekolah rendah dulu”. Jawabku simple.

Segar diingatanku saat-saat guru kelasku bertanyakan mengenai cita-cita bila dah dewasa, ketika itu aku di darjah 2. Seperti kebiasaan kebanyakan teman sedarjahku menjawab dengan pelbagai skema jawapan.

“Bila saya dah besar nanti, saya nak jadi doktor cikgu!”.

“Saya pula nak jadi polis cikgu!” .

Aku pula lain daripada yang lain. Nah cita-citaku ketika itu sesuatu yang unfamiliar bagi semua. Namun bagiku ia suatu yang cukup bermakna buatku. Sesuatu yang mahukan kelainan dari yang lain.

“Ha Zulkarnain, apa cita-cita awak?” tanya guruku.

“Errr Super Mario cikgu. Hero dalam video game!” jawabku dengan penuh yakin.

Namun sekarang, biila difikirkan semula maka saya yakin dan percaya cita-cita tersebut adalah mustahil untuk dicapai. Namun seronok gak jadi kanak-kanak, happy macam takde masalah jer.


KLIBF PWTC




Seperti yang ramalkan pengunjung pada kali ini memenuhi segenap ruang. Sesak dan berasak-asak dengan orang ramai demi mencari sumber ilmiah. Bukan untuk manfaat perseorangan tapi untuk semua. Jika seramai inilah umat islam yang cintakan ilmu, maka adalah tidak mustahil islam kan kembali gemilang. Dimana umatnya amat menghargai, menyanjung dan menghayati ilmu.

“Macam pernah jumpa jer Bro. ni, tapi dimana ya?”

“Oh patutlah blogger terkenal Saifulislam.com atau lebih tepat lagi Ust Hasrizal”.

“Lain rasanya jika dilihat dengan lebih dekat apatah lagi sempat menyapa. Erm bila agaknya aku mampu menjadi sepertinya”

“Aku amat meminati penulisannya. Input dan informasi melalui pengalaman hidupnya menjadi uslub dakwahnya”

Tanpa membuang masa aku terus mencapai beberapa buku hasil coretannya disamping bergambar kenang-kenangan.


TANDUS ILMU, GERSANG HATI, LUNTUR UKHWAH


Bagaimana mungkin kita boleh terlepas pandang, bahawa ILMU adalah penyuluh kehidupan dan ilmu juga suatu kuasa yang mampu mencorakkan hati. Tidakkah hati itu senantiasa berbolak-balik, berbelah bagi sifatnya?. Maka fitrah manusia itu sendiri, sentiasa terdedah kepada berubahnya diri apabila berubahnya hati. Dan sepatutnya perubahan hati dipacu oleh ilmu.
“Ya muqallib al-qulub, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik”, wahai tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini didalam ketaatan kepada-Mu.

Oleh kerana HATI itu juga berkait dengan interpretasi emosi, maka ia menambahkan lagi kebarangkalian tibanya badai dan taufan . Keadaan ini memerlukan kita sebagai yang bersahabat untuk saling bermuhasabah, membuat penilaian diri, mencari titik persamaan dari semasa ke semasa. Kebaikan yang dibebankan untuk menjadi jaminan kebahagiaan sebuah PERSAHABATAN, namun kebaikan itu boleh pudar dan luntur ditelan masa dan rasa.Wassalam.

Ditulis Oleh : rijal88 // 4:44 AM
Kategori:

1 comments:

lailafillah said...

salam ziarah..erm..betuah nye dpt jumpe ustaz^^ana pegi dpt jumpe inteam jer..

Followers

 
Powered by Blogger.