Sunday, April 19, 2009

PROGRAM XPDC DAKWAH “TURUN KE LAPANGAN”



18 April 2009(Sabtu)

SESI 1:

Lokasi: Perumahan Pantai Dalam


8.00 pagi :Berkumpul di SRA Sri Pantai, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Seramai 20 orang aktivis daripada cfsIIUMPJ yang telah menginfaqkan diri mereka ke lapangan dakwah massa. Selain cfsIIUMPJ, program tersebut juga turut disertai oleh aktivis daripada UM, USIM dan beberapa orang sukarelawan GAMIS dan di ketuai oleh beberapa orang aktIvis yang berpengalaman.


9.00 pagi :Ceramah “Pendedahan Ekslusif Gejala Sosial & Keperluan Gerak Dakwah di Lapangan”. Kami semua telah didedahkan degan gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan remaja seperti aktiviti menghidu gam, minum arak, zina, merempit dan banyak lagi. Persoalannya dimanakah kecaknaan kita semua mengenai isu tersebut?. Barangkali isu kepartian menjadi tumpuan utama disaat masyarakat terumbang-ambing. Ya, tentu sekali mereka mengharapkan sinaran dakwah kita. Namun amat mengecewakan apabila program-program berbentuk begini kurang mendapat tempat dalam kalangan kita berbanding isu politik kampus.


11.00 pagi : Program khas Bersama Pelajar SRA Sri Pantai(LDK). Dalam masa yang singkat kami cuba menyelami hati mereka dengan lebih dekat. Mengiangatkan mereka, sharing moment dan sedikit motivasi sekadar yang termampu. Ingatlah "Jika tidak mampu buat semua tapi janganlah tinggalkan kesemuanya". Percayalah kita berada di alam yang nyata dan bukannya di alam fantasi. Jika di alam fantasi, ingin sekali saya menjadi watak utama dalam komik Naruto dan dengan menggunakan 'Hikmat Pembahagian Bayang' bagi menjalankan pelbagai tugas dalam masa yang sama. Namun semua itu fantasi semata-mata. Berkata Wonder Pet "Apa yang penting"...."Kerjasama"


2.00 petang : Divide Group aktivis, taklimat Khas daripada Ust. Hisyam dan perbincangan berkumpulan. Kami telah didedahkan tentang senario semasa dan uslub dakwah(HEMOI: kaedah pujukan dan bukan paksaan@mnghukum) .

Saya cukup tertarik dengan ungkapan yang diucapkankan oleh beliau iaitu “Mahasiswa adalah cerminan masyarakat”. Namun hati kecilku berbicara, adakah kita layak digelar sebagai Roll Model di kalangan masyarakat??? Memang KILLER questionlah dan anda semua pula bagaimana?. Difahamkan terdapat segelintir daripada mereka menjadikan Stall Burger sebagai pusat bekalan dadah. Dan Istilah ‘SAYUR’ yang mereka gunakan adalah merujuk kepada ‘DADAH’.


5.15 petang : Aktiviti dakwah “Turun ke Lapangan” Mendekati Remaja di Perumahan Pantai Dalam. Hah tu dia….saat yg ditunggu2 telah tiba. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan dan diketuai oleh seorg ketua dan pemantau. Namun sepanjang operasi kami tidak terdapat seorang pun sasaran dakwah di lokasi yang ditarget. Alhamdulillah moga-moga Allah telah memberikan hidayah kepada mereka.
6.15 petang : Bersurai dan berkumpul semula di sekolah.Kemudian bergerak ke lokasi yang kedua di flat Sri Penara, Bandar Seri Permaisuri


SESI 2:

Lokasi: Flat Sri Penara, Bandar Sri Penara

7.00 mlm : berkumpul di Surau Al-Firdaus.

8.00 mlm : Ceramah Khas “Selamatkan Zuriat Kita”. Para jemaah didedahkan mengenai akibat ketidakpedulian kita tentang permasalahan umat disekeliling kita. Dalam masa yang sama sebahagian aktivis muslimin sedang terlelap di luar surau. Penat kot, tapi insyaallah mereka sedang save tenaga untuk operasi seterusnya.


10.30 mlm : Operasi bermula mlibatkan(aktivis mahasiswa, aktivis bebas, pengutkuasa JAWI dan Skuad Rukun Tetangga). Sepanjang operasi kami tidak ramai kumpulan sasaran yang berada disana. Mungkin sebahagian mereka telah menghidu Operasi kami sejak awal-awal lagi. Namun sebahagian kecil daripada mereka yang masih tegar untuk berada di sana. Untuk makluman, kami dilarang sama sekali mengmbil gambar atau merakam aktiviti sasaran dakwah kami. Bolehkah sahabat imagine tentang fenomena berikut:


Tin-tin gam dan botol-botol arak yang telah digunakan

Antara botol-botol arak yang ditinggalkan

Inilah tikar yang menjadi tempat mereka memuaskan nafsu seks.

Pendedahan ekslusif hasil ‘sharing’ saya dengan beberapa Real Mad’u @ sebagai pembantu Ustaz Kamarudin(aktivis brpengalaman) .

1- Abu(bukan nama sebanar),18 tahun, yang terlibat menghidu gam, seks bebas dan minum arak. Beliau menyatakan bahawa akibat kemiskinan keluarga menyebabkan dia mengmbil jalan mudah dengan melakukan aktiviti tersebut.

2- Somat(bukan nama sebenar), 15 tahun, menghidu gam dan minum arak. Beliau menyatakan bahawa pada kebiasaan para remaja sebayanya melepaskan gian dibwah tangga atau di tingkat 17 flat.

3- Enteng(juga bukan nama sebenar), 15 tahun, masalah seperti diatas. Menurut beliau kebanyakan mereka melepaskan gian ditepi parit, bila dah khayal mereka melakukan hubungan seks dkawasan berdekatan. Beliau menambah bahawa perempuan disitu snggup menyerahkan tubuh mereka semata-mata untuk mendapat ‘Gam’.

Selepas sesi lapangan dakwah

12.00 tghmlm : Bersurai.

Apa komen anda semua???sedih??terkejut?buat tak tau?serah jer pada pihak berkuasa?banyakkan berdoa tanpa mengmbil langkah mencegahnya?


“JANGAN HANYA ‘BOMBASTIK’ BILA BERCAKAP, NAMUN BIARLAH ‘REALISTIK’ DALAM BERTINDAK JIKA TIDAK SEMUANYA ‘PLASTIK’ SEMATA-SEMATA”

Ditulis Oleh : rijal88 // 3:52 PM
Kategori:

2 comments:

ahmedsyahid said...

betul betul betul..jgn hanya membetol tp tolong perbetol ..erm???

~najihahfaizahazaman~ said...

subhanallah..
smg istiqamah menjadi da`ie yg sentiasa menegah kemungkaran dan menyuruh ke arah kebaikan...
ameen, insyaAllah..

Followers

 
Powered by Blogger.