Tuesday, April 21, 2009

KE MANA HALATUJUMU WAHAI PENDOKONG ISLAM?POLITIK KEPARTIAN?



Entah mengapa pada kali ini saya begitu terdorong untuk melontarkan pandangan dan mungkin sekali melahirkan sedikit kekecewaan kepada sebahagian para pendokong islam. Ya, seringkali hatiku bertalu-talu mendesak untuk mencari jawapan kepada persoalan yang sekian lama dipendam iaitu Benarkah para pendokong islam lebih beorientasikan politik sama ada diperingkat kampus ataupun Negara?’.

Persoalan yang memerlukan penjelasan dan bukannya ingin menimbulkan sebarang provokasi. Baik, andaikata kita mendakwa bahawa halatuju perjuangan kita adalah mendaulatkan ‘Daulah Islamiah’ maka sepatutnya kita perlulah melengkapkan diri kita dengan asas-asas islam terlebih dahulu. Namun apa yang saya perhatikan sebahagian daripada kita begitu fanatik di dalam dunia ‘politik kepartian’ lantaran disuntik oleh suntikan kepartian dan bukannya kefahaman yang jelas tentang politik islam. Adakah matlamat utama pengkaderan para pendokong islam hanya menjadikan politik kepartian sebagai misi utama. Bagaimana pula persoalan akidah, ibadah, thaqafah dan perkembangan isu semasa?. Amat rugilah kita yang tergelincir daripada matlamat perjuangan kita yang sebenar lantaran kefanatikan kita yang tidak terarah.

Melihatkan kondisi semasa saya akui bahkan bersetuju bahawa kita yang faham tentang islam perlu turut serta dalam pilihanraya kampus. Bukan sekadar itu, kita memenangkan figure-figure yang mendokong islam sebagai cara hidup. Rentetan daripada itu, maka mudahlah untuk kita mendekati sasaran dakwah kita dengan lebih konsisten dan efektif. Tapi yang malangnya lantaran ghairahnya kita dengan kemenangan figure-figure kita maka kita telah lupa untuk mencanangkan serta melaksanakan agenda kita iaitu ‘SPREAD DAKWAH TO ALL’. Jika tidak begitu, adakah masyarakat di dalam dan diluar kampus merasai ‘gelombang dakwah’ yang dibawa oleh kita?. Perlu kita ambil ‘ihtimam’ akan hal ini.

Wahai sahabat-sahabat sekalian cuba tengok disekeliling kita. Disaat kita tenggelam didunia politik kampus dan politik kepartian dalam masa yang sama musuh akidah kita mengambil peluang untuk menghancurkan kita lantaran kealpaan kita. Sedarlah begitu ramai masyarakat disekeliling kita yang dahagakn sinaran dakwah kita. Namun kita seolah-olah menganak tirikan mereka. Barangkali memang benar kita bersifat EXCLUSIVE di medan MASYARAKAT namun INCLUSIVE di dunia politik kampus dan politik kepartian.

Sebenarnya apa yang kita perjuangkan selama ini??


KERANAMU ISLAM KAMI BERJUANG

Ditulis Oleh : rijal88 // 3:04 AM
Kategori:

3 comments:

munadhia said...

salam. ana minta izin copy tulisan ni ye..mahu masukkan dlm yahu group..

syukran.

Anonymous said...

salam...posting yang menarik...ada baiknya ana jadikan link tuk blog ini di blog ana....izinkan ana...sebagai berkongsi-kongsi sedikit ilmu milik allah ini...semoga sentiasa dalam rahmat allah...syukran...

rijal88 said...

tafaddhol....

Followers

 
Powered by Blogger.