Saturday, April 11, 2009

MENEROBOS FANTASI MENGGAPAI REALITI

Memanipulasikan isu ke medan massa merupakan aspek yang penting bagi mengejutkan manusia yang masih lagi berhibernasi dan buta dengan isu semasa yang berlaku disekeliling mereka. Walaupun dunia kini dikenali sebagai dunia globalisasi, siber dan sewaktu dengannya, namun begitu masih ramai dalam kalangan kita yang kehausan informasi yang sebenar. Adalah amat malang jika kita sering dimanipulasikan oleh pihak musuh lantaran kedangkalan kita tentang isu semasa dan jauh sekali untuk menguasainya.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada anda semua khususnya golongan Syabab agar sama-sama menggembeling tenaga bagi memobilasikan isu bukan hanya berlegar-legar dalam kalangan kita bahkan disebarluaskan kepada massa. Saya terpanggil untuk sama-sama merangka strategi bagi memanipulasikan isu yang bukannya hanya sekadar omong-omong kosong sahaja tetapi perlu ada suatu tindakn yang berstrategi.

FASA AWAL

PERINGKAT SATU:

1-Menetapkan isu yang hendak dikaji dan dimanipulasikan

- Brainstorming perlu dilakukan bagi menumpukan isu secara khusus.

- Kajian yang mendalam mengenai isu tersebut melalui SWOT (strenght, weakness,oppurtunity,thread)

- Pemahaman yang mendalam mengenai isu tersebut(faktor2, kesan2, dsb)

2- Pembahagian isu

- Secara ringkasnya dibhagiakn kepada dua; (isu utama, isu sampingan)

- Ia perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya fokus yang mencapah akibat hilangnya fokus yang menumpu.

3-Penyusunan perancangan

Selepas diputuskan, maka plan tindakan strategik perlu dirangka perancangan

- Selepas diputuskan, maka plan tindakan strategik perlu dirangka.

- Menubuhkan panel penasihat yang terdiri daripada:

o mereka yang pakar dalam isu tersebut.

o mereka yang pakar dalam menganalisis sesuatu isu.

o mereka yang boleh dijadikan sandaran kepada sesuatu hujah atau maklumat.

PERINGKAT KEDUA

Memperkenalkan isu kepada ahli dan sasaran umum melalui:

- Menulis makalah yang berorientasikan akademik dalam media cetak dan portal laman elektronik.

- Menggunakan stand yang legal seperti persatuan, kelab atau presiden sesuatu persatuan(Authority Person).

- Semua pihak hendaklah mengeluarkan komentar samaada menyokong atau sebaliknya secara sistematik bagi membuka minda dan menarik perhatian masyarakat umum.

- Pada peringkat ini memerlukan pimpinan society membuat survey bgi mendapatkn pendirian dn sikap mereka yang berautoriti(ahli akademik, NGO, alim ulama dsb)

- Walaubagaimanpun hasil kerja tersebut boleh dilkukan secara profesional(temuramah).

- Seterusnya mengeluarkan hasil kerja tersebut kepada media cetak dan elektronik.

- Membuat kajian lapangan untuk mendapatkan respon massa.

Kajian ini perlu kerana ia mampu memberikan gambaran asas dan boleh digunakan bagi menyusun strategi seterunya.

Bersambung.....

Ditulis Oleh : rijal88 // 2:21 PM
Kategori:

6 comments:

Mohd Nuruddin bin Mohamed said...

rajinnya dia.. lama tak jumpa. Em, tengok ke depan sana ya

munadhia said...

salam. menanti jawapan, apa beza parti dan politik? apa jga jwpn bg soaln pd 15/4 malam?org yg brtanya slalunya msti ad pndapt dn pndangan yg brnas...syukran..

RiJAluDDin said...

Berdasarkan apa yamg ana faham, politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siasah, iaitu ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

prinsip2 utama dalam politik islam:
1-musyawarah
2-keadilan
3-kebebasan
4-persamaan
5-hak menghisab para pemerintah

Parti adalah salah satu wasilah dalam mencapai matlamat/tujuan berkenaan. Senang crite parti politik tidak lebih berfungsi sbg proksi@alat sahaja dan ia bukan sebagai matlamta perjuangan. Wallahua'alam

RiJAluDDin said...

sebenarnya ana lontarkan solan trsebut bukan tujuan utk menguji sape2 jauh sekali nak berlagak pandai. Cuma ana melahirkan sedikit kekecewaan apabila kita lebih menjurus kearah kepartian sama ada diperingkat perbincangan, gerak kerja dan hala tuju perjuangan scara individu.

Sedarkah kita disaat kita ghairah dengan pilihanraya kampus dalam masa yang sama kita mengabaikan tarbiyyah sahabat2 yang lain dan dakwah tidak sampai kpd massa apatah lagi massa tidak merasai sinaran islam yang dibwa oleh kita.

selain itu segelintir daripada kita lbh mgfokuskan ttg perkmbangan politik ditanah air kita atau lbh tepat menjurus kearah kepartian semata. Adakah ini matlamat perjuangan kita??
tidak salah, politik itu juga penting cuma bagaimana dengan persoalan akidah, tarbiyah dan dakwah.

wahai sahabat2 cuba tengok disekeliling kita...disaat kita tenggelam didunia kepartian dalam masa yang sama musuh akidah kita mengambil peluang untuk mghancurkan kita lantaran terlepas pandang kita. Sedarlah begitu ramai masyahrakat disekelialinlg kita yoang dahagakn sienran dakwah kita namun kita seolah2 menganak tirikan mrk. Barangkali mmg benar kita bersifat EXCLUSIVE di medan MASYARAKAT...

Renung2 kanlah

munadhia said...

salam..
Alhamdulillah..skarang ana faham mksd ustz..
ana cdgkan kalau brkesempatan ustz tlis satu entri berkenaan ni, boleh?

mgkin pnulisan ustz jga dpt dijadikan rujukan dn kesedaran buat ana jga shbt2 yg lain...insyaAllah.

tp, jwpn ustz di ats mbuatkn ana trfkr ada btulnya pndpt ustz 2..lg2 ble situasi brada d main camp..tkut jga nt mnimbulkn fitnah pula pd kluarga kt gara2 ada yg trlalu taksub dgn parti politik.lgpun tkut2 krn isu ni jgalah rmai yg mula mncari keluarga lain...

syukran krn mnjawab dn mnimbulkn prsoalan..

wallahu'alam.

RiJAluDDin said...

insyaallah... biiznillah

Followers

 
Powered by Blogger.