Salamullahialaikum buat para pendokong islam yang mewakafkan segenap ruang hidup mereka di jalan dakwah dan jihad ini. Segala puji bagi Allah, zat yang tunggal lagi perkasa, Yang menentukan sesuatu dan Yang mengatur penggantian siang dan malam supaya menjadi suatu peringatan bagi mereka yang beriman.
Barangkali pada baru-baru ini populariti dan isu di Bukit Gantang jauh menjangkaui ‘Projek Mega’ di Bukit Jalil lebih-lebih lagi kerusi tersebut dimenangi oleh pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan perlembagaan, insyaallah. Apa yang saya perhatikan bahawa baru-baru ini Bukit Gantang menjadi topic yang hangat diperbincangkan dan amat diikuti perkembangannya oleh kita dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja isu PPSMI, Perhimpunan UMNO, Akademi UMNO, Perdana Menteri baru Malaysia dan Kabinet baru Malaysia turut dibincang sama. Alhamdulillah, ini menunjukkan prestasi yang begitu menakjubkan dalam kalangan kita dalam menghambat isu semasa yang makin susah ditafsir sejak akhir-akhir ini.
Namun begitu adalah amat menyedihkan apabila isu ancaman akidah umat islam khususnya di Malaysia seolah-olah menjadi ‘Makhluk Asing’ dalam kalangan kita. Masakan tidak apabila ditanya tentang apakah projek mega yang giat dibina di Bukit Jalil? Namun sebahagian besar daripada kita tidak mengetahuinya. Mungkin sekali yang terbayang-bayang di kepala kita adalah Stadium Nasional Bukit Jalil. Barangkali terlalu asyik menelusuri perkembangan politik di Malaysia membuatkan kita terlupa dalam masa yang sama musuh akidah kita sedang giat menghapuskan Addin kita daripada terus wujud di muka bumi ini.
Sedarkah ikhwah dan akhawat yang seakidah denganku tentang apakah yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil?? Ketahuilah oleh saudaraku sekalian bahawa Gerakan Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan ‘The Calvary Convention Centre(CCC)’ yang mana terbesar di Asia.
Selain itu, CCC telah dibina di atas tanah seluas 4.9 hektar tanah di zon antarabangsa, Bukit Jalil, di selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang strategiknya, CCC di kelilingi oleh kawasan yang strategic dan dihubungkan terus melalui lebuh raya. Walaubagaimanapun difahamkan bahawa pembinaan CCC adalah selari dan tidak bercanggah dengan RUKUN NEGARA.
Sesungguhnya saya melahirkan kebimbangan diatas pembinaan CCC yang mana tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menyebarluaskan ajaran kristian sekaligus membenamkan islam secara total. Namun saya pada ketika ini hanya mampu mengetengahkan isu ini kepada anda semua namun masih tidak mampu mengubah situasi tersebut lantaran ketiadaan Autoriti secara legalnya . wassalam
1-Sudah bersediakah kita dengan ilmu untuk menghadapi dakyah mereka?
2-Apakah isu-isu semasa yang lain adalah lebih penting dibincangkan daripda isu ini?. Tapi saya tidak menafikan isu-isu lain yang diketengahkan.
3-Benarkah kita telah diperangkapkan oleh musuh-musuh yakni diluputkan daripda hati dan fikiran kita mengenai Addin kepada isu-isu lain?
4-Dimanakah kita semua disaat islam terus diasak dan diancam?
0 comments:
Post a Comment