Saturday, May 2, 2009

MEREKA YANG TERGESA-GESA


Alhamdulillah pada malam tadi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bersua muka dengan seorang ulama dari Maghribi Sheikh Sidi Ahmad bin Muhd Al-Hadi Al-Maliki Al-Maghribi Al-Hasani di Hulu Langat, Selangor. Pertemuan yang singkat tersebut memberikan 1001 makna, masakan tidak jarang sekali berpeluang dapat berjumpa dengan mereka yang alim dan dekat dengan Allah. Rentetan daripada itu timbul beberapa persoalan yang memaksa minda ini untuk terus berfikir tentang halatuju kita yang sebenar setelah berbai’ah dengan Allah sebagai ‘Ansarullah’ yang mewakafkan diri, harta dan masa ke jalan Jihad ini.Selain itu persoalan lain yang timbul, adakah intima’nya golongan muda dilapangan ini tidak didasari dengan kefahaman yang jelas akan tetapi dipandu oleh semangat jiwa muda semata-mata?


DARAH MUDA YANG AGRESIF


Saya maksudkan di sini bahawa sebahagian mereka yang baru sahaja berintima’ di Medan ini seringkali mahukan suatu perubahan yang drastik tanpa mengmbilkira pelbagai aspek termasuk peringatan dan pengalaman mereka yang lebih senior dalam medan ini. Meraka seringkali dengan lantang mengkritik golongan yang lebih senior dengan kritikan yang meruntuh tanpa mengusulkan pandangan dan cadangan yang boleh dimanfaatkan semua.Ya, memang tidak dinafikan bahawa golongan ini penuh dengan semangat yang meluapkan-luap yang sedikit-sebanyak membantu kerja-kerja pengislahan umat.


Sebenarnya, Sedar tak sedar ramai di kalangan para da'ie termasuk diriku yang digelar berdarah muda masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti. Sebagai contoh memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuhi. Ya, mereka seolah-olah belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Bahkan mereka belum benar-benar mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta, masa dan jiwa raganya.


Seadr tak sedar hal ini menyebabkan para da’ie sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Lebih malang mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang dan fitnah yang memperlambatkan kelancaran da’wah.


Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari bahu mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar,blog-blog, web-web dan majalah, atau menyampaikan khutbah yang begitu jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah apabila terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan terzahir kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan hanya mengangkat dan memajukan jama’ah itu....!


Saya tidak ragu lagi bahawa mereka itu adalah para petugas yang BARU tertegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum lagi betul-betul intima’ ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!

Ditulis Oleh : rijal88 // 3:01 PM
Kategori:

5 comments:

........ said...
This comment has been removed by the author.
........ said...

........ said...

gano jupo sheikh sidi? kecek guna bahasa gapo? ke dok main bui wasola qolbuka anta taqulu ana kazalik..hehehe..mu kelih aku, aku kelih mu..pahtu dok badi ghoyak ma taro taro?..hehehe..habih nyo kube kito bahaso arab..

ari tu, bekebok sheikh sidi kecek arab, pening kepalaku menangkap satu persatu perkataan hok bleh pehe.. sikit sangat jah dea nakak..byk tengago..tok pasa2 aku semakin berminat dengan bahaso arab..

silap xdea nok jupo yo utk kali kedua..nok wak gano, ado kijo dumoh.. jupo pj luso..

okeylah naim, qolbu qolbu fit thoriq eid..

RiJAluDDin said...

hahaha...terus-trang aq royak 80% gapo hok dio ryak aq xdan tgkap, tp dio usha gak guno bhso hok mudah pehe...tu lah psl aq smakin brminat ngn bhso arab..puah dh ngaji BM dan BI. Raso rugi plok tggl bhaso arab lamo2..nanti kat gombk aq nk saeng ngn tok2 arab la plok, bleh amek pekdoh..xpun cari oghe rumoh hok panda bhso arab...ko rano nik asyraf kito?


k, sahabat...slamat kembali..insyaallah 'Qolbu Qolbu Fi Thoriq...heheh abes punoh bhso arab..xpo 1st step nk ngaji bhso arab

munadhia said...

salam ziarah.
syukran ats suggestion buku tu.ana cba cari.
pasal dkwah pulak.ana baru balik dr kem kt sekolah kat perak. memang, kalu kt tengok, msh ramai plukan bimbingn dr kita lbh2 lg mreka yg dok d kwsn pdalaman. sdih pulak tengok. diorg kebnykannya org sush yg juga byk masalh kluarga..
kdg2 trasa nk mbantu. tp, apakn daya...
mereka suka khadiran org2 spt kita..
trasa jgk nk mncdangkn knapa bukan kita ahli jmaah trun memberikn sdikit bimbingan pd golongan sbegini. kita slalu sibuk dgn aktiviti jmaah shg lupa msh ramai yg plukan kita d luar sna, lbh2 lg di kwsn pedlman yg kurg trdedah ni...wallahu'alam.

Mohd Nuruddin bin Mohamed said...

Em..ayat buku menarik. Keluarlah dari kepompong nostalgia kejayaan dahulu. Terjunlah sendiri kelubuk ini, baru kau merasainya.

Followers

 
Powered by Blogger.