Tuesday, March 31, 2009

USELESS AND NOTHING

DI KAMPUS


Sesungguhnya saya berasa cukup beruntung apabila berpeluang untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Masakan tidak begitu, kerana disitulah sahaja mengenal tentang Harakah Islamiyyah, berpeluang untuk mantarbiyah dan ditarbiyah, berpeluang untuk mempertajamkan Thaqafah yang masih terlalu banyak kelompangannya dan bahkan melatih saya untuk berfikir secara kritikal dan futuristic.


Secara logiknya adalah mustahil bagi kita secara individu untuk berdakwah di lapangan masyarakat. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita sebagai Du’at untuk sama-sama berintima’ di dalam harakah islamiyyah yang betul-betul ikhlas memperjuangkan islam. Saya yakin dan percaya bagi mereka yang benar-benar faham akan tuntutan ini maka mereka pasti akan memenuhinya.


Secara tegasnya, dakwah merupakan kewajipan yang tidak boleh disangkal dan dinafikan lagi. Namun pada saya bagi melaksanakan kewajipan tersebut, menuntut manusia agar tidak bergerak bersendirian sebaliknya bergerak secara kolektif atau berjamaah.


Firman Allah Taala bermaksud:

“Hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, mereka melaksanakan amal ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang Berjaya.”(Ali-Imran:104)


Sebagai seorang da’ie, menuntut kita untuk menajamkan thaqafah yang jelas dalam mengharungi mehnah dan tribulasi. Dan harus diingat bekerja dijalan ini memustahilkan kita dihampar dengan karpet merah, disukai dan dipuja ramai dan dikalung pingat sebagai sebagai hero ummat sejagat . Alhamdulillah, sepanjang dialam kampus saya dan sahabat-sahabat berperluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan di kuliah-kuliah sama ada di dalam atau di luar kampus tempat saya belajar. Berada di alam ini juga saya telah diberi peluang bagi memahami uslub dakwah, memahami kondisi semasa, bagaimana untuk merangka strategi dakwah secara lebih efektif dan pelaksanaan yang realistic dan bukannya plastic semata-mata.

REALITINYA…..


Persoalan yang timbul apabila berada di luar alam kampus seolah-olah semuanya Useless And Nothing. Kenapa tidak hampir semua ilmu tentang Uslub dakwah, Thaqafah yang diterapkan di dalam usrah dan sebagainya yang telah saya ‘berguru’ di alam kampus seakan-akan tidak memberi sebarang makna apabila menghadapi reality yang sebenar. Mungkin di alam kampus kitalah yang paling lantang bersuara bagi menghadapi mehnah Pentadbiran Kampus dan Negara.


Namun dialam masyarakat kita seakan-akan lumpuh, bisu dan pekak. Kenapa begitu? Kemanakah hilangnya Taring kita semasa berada di Alam kampus? Adakah pengajian dan ilmu tentang dakwah dan jihad hanya semasa dialam kampus? Tahukah kita bahawa keluarga dan saudara mara kita khususnya bahkan umat sejagat amat dahagakan sinaran dakwah kita? Sesungguhnya ruang lingkup dakwah kita tidak hanya berkisarkan dia lam kampus semata bahkan jauh lebih luas dari itu.Saya berpedapat bahawa sebahagian besar para dai’e di alam kampus mempunyai situasi yang sama dengan kita….Jika begitu, kita adalah USELESS AND NOTHING di Alam yang sebenar.

Ditulis Oleh : rijal88 // 2:42 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.