Thursday, March 19, 2009

BILA FITRAH MENJADI FITNAH

Sebagai golongan Syabab yang baru berintima’ diJALAN ini, saya mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan rakan-rakan seperjuangan dalam menempuhi zaman muda belia bersama-sama. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang sering mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah tentang ‘Muslimat’ atau ‘Muslimin’ bahkan persoalan ‘Cinta’.



Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain yang diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta ukhwah" dan “Ukhwah Fillah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah, para pendokong islam, ahli bahkan pimpinan jamaah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".


Sms,Yahoo Messenger, email, friendster dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas ‘kajang’ berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon ‘Smile’, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus, tamrin dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak Muda Dakwah alaf baru ini.



Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan,dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...


Sesungguhnya hanya segelintir daripada kita yang tersilap langkah maka sedar tak sedar hal ini menyebabkan para da’ie yang lain juga turut terkena tempiasnya tersebut yakni seolah-olah menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Lebih malang mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya kerana dalam masa yang sama segelintir daripada mereka 2 X 5 dengan pelaku maksiat yang lain.



Renung-renungkanlah…Bila Fitrah Menjadi Fitnah

Ditulis Oleh : rijal88 // 12:07 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.