Wednesday, March 18, 2009

AKU HANYA INSAN KERDIL

Dalam kekalutan mengejar masa membina matlamat hidup, aku berlabuh di sini(blogku).. menghela nafas lelah bersama setin 100plus...Aku tertanya-tanya adakah setin 100plus mampu menjadikan aku ‘lasak’ sepanjang hari!? dan rutin ini harus kuulangi agar ‘gagah’ sepanjang hayat!?? Tidak rijal, tidak…sedarlah 100plus sama sekali tidak mampu memberikanmu ‘Energy’ walau sedikitt pun ILLA BIIZNILLAH…



Jari-jemariku meronta-ronta, mindaku menerawang dan kalbuku berbicara:



“Seandainya lautan itu menjadi tinta.. nescaya belum cukup untuk menulis kalam Allah di blogku”.



MONOLOG



Sedarlah Rijal betapa hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan dan lebih jahil lagi andai hayat ini dibiarkan menjadi Boneka syaitan. Pun begitu bukanlah matlamat hidupku untuk membolot segala-galanya seperti Sang Haloba yang mati di lautan ilmu tanpa sedikitpun dimanfaatkan. Sedangkan teori Insan Unggul adalah memahami, amali dan kekuatan hati. Sesungguhnya aku ingin mengatur langkah rapi menelusuri jalanan hidup ini hingga sampai ke penghujungnya. Untuk itu aku ingin tahu sebanyak mungkin.. yang tentunya menjadi aset penting sebagai bekalan sepanjang jalan.



Alam fana dan isinya yang indah ini masing-masing mempunyai sejarahnyanya tersendiri. Seboleh-bolehnya mungkin aku tak mahu ketinggalan untuk mengenali, mencintai dan (kalau boleh) mempertahankannya sebelum ia hancur ditangan Sang Algojo(Spt kata Sang Pencipta "Dunia ini akan dihancurkan oleh tangan manusia sendiri"). Dan yang paling tepat.. aku ingin berkerja kuat (mengisi hayat yang dikatakan ibadat) sebelum dijemput kembali ke alam kekal (akhirat). ) “Bersembahyanglah kamu seolah-olah esok kamu akan kembali mengadap ALLAH.. dan berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”



MONOLOG LAGI



Renungkan sahaja betapa dunia dan akhirat perlu sama-sama dikejar. Aku harus bijak mengendalikan kedua-duanya agar seimbang. Yang pasti.. jahillah diri ini andai kata ku mengejar dunia bukan untuk akhirat!. Ini bererti hala tuju hidup ini masih satu. Urusan dunia dan akhirat tak perlu dipisahkan. Ilmu dan agama adalah sebatian bukun unsur MAGNETIC SEKUTUB yang saling menolak antara satu sama lain.



“Rijal…Hayat ini adalah kesempatan beribadat..”



Aku bukanlah insan yang hidup di zaman Rasullullah yang berkesempatan untuk menghunus pedang bersama baginda di medan perang. Pun aku bukanlah Mujahidin di bumi Palestin yang berkesempatan menggalas senjata untuk berjuang mempertahankan bangsa, agama dan negara. Aku hanya insan kerdil di sini. Yang masih bebas menghela nafas puas di bumi harmoni. Selaku hambaNya, aku tak mahu melepaskan peluang dan sentiasa mencari ruang untuk membuktikan cintaku… Akan aku pergunakan sekecil-kecil kesempatan yang datang disepanjang perjalanan hidup ini.

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:51 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.