Friday, February 13, 2009

YAHUDI MENGENGGAM DUNIA


Dr Nahem Golman telah berkata:
“Bangsa Yahudi telah memilih Palestin bukan kerana tambang dari Laut Mati bernilai 3 juta dolar, bukan pula kerana minyak yang ada di Palestin yang diketahui melebihi apa yang ada di Amerika Utara dan Selatan, tetapi pertama kerana mereka berpegang kepada ajaran Taurat dan kedua kerana Palestin adalah titik pusat yang paling penting bagi kekuatan dunia dan merupakan pusat strategis ketenteraan yang boleh dijadikan tonggak untuk menguasai dunia.”




Yahudi telah mengaturkan pelbagai konspirasi untuk mendapatkan bumi Palestin sejak pemerintahan Khalifah Sultan Abdul Hamid II lagi. Baginda merupakan seorang khalifah yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi. Baginda dikenali sebagai reformis dan patriotis Uthmaniah oleh sesetengah pihak, manakala golongan liberalis barat melabelkan baginda sebagai penindas kebebasan atau autokrat.


Di barat, baginda digelar sebagai sultan penghisap darah atau Abdul Hamid terkutuk. Baginda turut dikenali sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.




Kenapa ini semua berlaku?. Kenapa banyak fitnah-fitnah ini bermain-main di mulut umat manusia?. Ini sebetulnya merupakan propaganda Yahudi Antarabangsa untuk menjadikan umat manusia mendapat input yang negatif tentang Sultan Abdul Hamid, membenci baginda dan seterusnya menggulingkan atau membenarkan sahaja baginda diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh baginda.


Inilah berlaku dan sejarah telah mencatatkan satu per satu peristiwa sedih ini dan kebodohan umat ini.Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda di hadapan Masjid Hamidiye Yıldız. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Selain itu, Khalifah Abdul Hamid II pernah membongkar konspirasi tersebut melalui surat kepada gurunya Syeikh Mahmud Abu Syamat:



يا هو
بسم الله الرحمن الرحيمُ




“Segala puji bagi ALLAH dan salam sejahtera kami panjatkan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad , segenap keluarganya dan para sahabat sekalian hingga hari pengadilan.


Saya tulis surat ini kepada yang mulia Syaikh Tarikat abad ini Ali Sadzaly, cahaya roh dan kehidupan Syaikh Mahmud Effendy Abu Syamat. Kami akan menyambut kedua tangan beliau yang mulia, dengan mengharapkan doa dan restu beliau.


Setelah menyusun rasa hormat perlu saya sampaikan, bahawa surat anda bertarikh 22 Mei tahun ini telah saya terima dengan selamat. AlhamduliLLAH saya ucapkan bahawa anda dalam keadaan sihat wal’afiat. Tuanku yang mulia dengan taufik ALLAH SWT, saya dapat melakukan amalan wirid tarikat Sadzaly siang dan malam. Saya perlu menyampaikan bahawa hingga saat ini saya terus memerlukan panggilan batin anda. Selain itu, ada masalah yang perlu saya sampaikan kepada anda dan orang yang boleh diajak berfikir seperti anda, berkenaan dengan masalah yang sangat penting seperti ini sebagai amanat perjalanan sejarah.


Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan dengan ada tipu daya dengan pelbagai ancaman dariu tokoh-tokoh organisasi persatuan yang dikenali sebagai Cun Turk , sehingga saya terpaksa meninggalkan kekhalifahan itu.




Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang, agar saya menyetujui pembentukan sebuah negara bangsa bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak bersetuju dengan permohonan berulang-ulang yang memalukan itu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebanyak 150 juta pound sterling emas. Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu.
Saya menjawab dengan kata-kata, ‘Seandainya kamu membayar dengan seluruh isi bumi ini aku tidak akan menerima tawaran itu. Lebih 30 tahun aku hidup mengabdikan diri kepada kaum Muslimin dan kepada ISLAM itu sendiri. Aku tidak akan menconteng lembaran sejarah ISLAM yang telah lama dirintis oleh nenek moyangku, para sultan dan khalifah kerajaan Turki Uthmani. Sekali lagi, aku tidak akan menerima tawaran kalian’.


Setelah mendengar dan mengetahui sikap dan jawapanku itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang mereka miliki memaksa saya meninggalkan kekhalifahan dan mereka mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka saya terpaksa menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya masih bersyukur kepada ALLAH kerana saya menolak untuk menconteng kerajaan ISLAM Turki dan dunia ISLAM pada umumnya dengan noda abadi yang mengakibatkan berdirinya negara Yahudi di Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan mengulang-ulang rasa syukur kepada ALLAH SWT yang telah menyelamatkan kita dari aib yang besar itu.


Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, anda beserta jamaah yang anda bina dapat memaklumi semua itu.” Wassalamu’alaikum w.r.b.


22 September 1909
(Tanda tangan )
Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Ditulis Oleh : rijal88 // 8:58 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.