Saturday, February 7, 2009

JELAJAH ILMU 1


SEMINAR PEMBINAAN UMMAH

Tarikh: 7 Februari 2009/ 11 Safar 1430 H

Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Anjuran: Foundation Students Coordination Council (FSCC), Mahallah Representive Committees(MRC)

Dengan Kerjasama: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Persatuan Ulama’ Malaysia(PUM)

………………………………………………………………………………………………

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk participate dalam program ini. Insyaallah pada kali ini saya akan kongsikan bersama-sama sahabat-sahabat mengenai input-input berguna sepanjang program tersebut. Moga-moga sajian yang saya sediakan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua,

CERAMAH 1: “PERANAN MAHASISWA DALAM MEMAHAMI SERTA MEMBANTERAS PENYELEWENGAN AGAMA”

Penyampai: Ust. Zamihan Bin Haji Mat Zain (Pen, Pengarah Pusat Pengajian Al-Quran & Ilmu Teras, Institut LatihannIslam Malaysia, ILIM)

Peranan Mahasiswa:

1- Kematangan Ilmu

· Ilmu mengenal islam.

· Belajar secara bertalaqqi dan bukannya secara semberono.

· Belajar daripada Guru dan Kitab Muktabar.

· Kuasai disiplin ilmu dengan betul.

· Meningkatkan amalan selari dengan ilmu yang telah dipelajari.

· Membaca , mengkaji dan berbincang mengenai sesuatu ilmu.

· Menjadikan ulama sebagai tempat rujukan.


2- Mendokong Visi Islam

· Merancang aktiviti dakwah dengan sistematik dan sesuai dengan Waqi’ semasa.

· Berdakwah sepanjang hayat iaitu bersedia mewakafkan diri di jalan Allah secara Full Time.

· Menjalankan Amar Ma’ruf Nahi Munkar tanpa kompromi.

· Memahami aspirasi ummah dan bijak menganalisis perubahan semasa.


3- Berjamaah

· Pemimipin pelajar yang betul-betul Faham dan ikhlas.

· Misi, Visi dan Identiti Jamaah yang jelas.

· Skop dakwah tidak bersifat Juz’iyyah

· Elakkan daripada Ta’addud Jamaah

· Tidak memperKUDAkan mana-mana pihak


4- Dakwah Toward Mardhotillah

· Membimbing manusia mengenal Allah dengan sebenar-benarnya

· Tanamkan cinta kepada Rasulullah dan Ahlul Bait

· Memperkukuhkan Ukhwah sesama saudara Islam

· Menyemai rasa Khauf dan Raja’ kepada Allah.

Ditulis Oleh : rijal88 // 6:52 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.