Thursday, February 19, 2009

SMILE SOKMO...;-)

“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah”

Wahai sahabat-sahabatku tertawa yang wajar tidak ubah bagai balsam bagi kekacauan dan krim bagi kesedihan. Sesungguhnya pengaruhnya kuat untuk membuat jiwa gembira dan hati bahagia.

Abu Darda’ sempat berkata:

“Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku. Dan baginda Rasulullah sendiri sekai-sekali tertawa sehingga Nampak gerahamnya. Demikianlah tertawanya orang-orang berakal dan mengerti tentang penyakit jiwa dan cara rawatannya”

Sedar ataupun tidak, tertawa merupakan kemuncak kegembiraan, puncak paling tinggi keriangan dan hujung segala sukacita. Tetapi sahabat-shabat apa yang saya maksudkan adalah tertawa yang tidak berlebihan sehingga mematikan hati-hati kita.

“Janganlah engkau banyak tertawa, sebab banyak itu mematikan hati”

Tahukah kita bahawa salah satu nikmat kurniaan Allah kepada penghuni syurga adalah tertawa.

“Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir” (Al-Mutafifin)

Diceritakan bahawa orang arab senang memuji orang yang murah senyumannya dan selalu Nampak riang. Menurut mereka, perangai yg sedemikian itu merupakan petanda berlapang dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai dn kecerdikan fikiran.

Memetik buku Harim, Zuher berpuisi:

Engkau Nampak dia sentiasa gembira ketika engkau datang,

Seolah-olah engkau member apa yang engkau mintadaripadanya,

Dalam buku Faidhul Khathir,” menjelaskan bahawa, orang yang mudah tersenyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri bahkan juga orang yang paling tahan menghadapi kesusahan dan orang yang paling bersungguh-sungguh mengusahakan hal-hal yang mendatangkan manfaat bagi dirinya dan orang lain”.

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan

“Senyuman tidak akan ada harganya kalau tidak terbit dari hati yang ikhlas, Senyuman itu adalah kunci kepada jalinan Ukhuwah ”

So, senyumlah sokmo(selalu)…..

Ditulis Oleh : rijal88 // 8:30 AM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.