Wednesday, February 18, 2009

Isu Muslim Rohingya, Di manakah kesentivitian Umat Islam


Muhammad Zubair merasakan bahawa seperti hidup semula selepas kapal yang membawa dirinya dan 200 penduduk Rohingya lainnya, berjaya mendarat di daratan Indonesia setelah berminggu-minggu berlayar-layar di lautan.

"Tentera Thailand menempatkankan kami di sebuah kapal dan mengusir kami keluar, berlayar di laut luas tanpa persediaan makanan yang cukup," berkata Zubair, salah seorang penduduk Rohingya yang diusir.

Dia dan sekitar 200-an penduduk muslim Rohingya (beberapa dalam keadaan kritis), melakukan pelayaran ke wilayah Barat Indonesia dan mendarat di kepulauan Sabang, Aceh.

"Kami diusir dari tanah kami pada Desember lalu dengan menaiki enam kapal," lanjut Zubair.

Dilaporkan bahawa kapal pertama yang berisi sekitar 193 penduduk Rohingya, mendarat di Aceh pada 7 Januari lalu.

Bolehkah sahabat-sahabat sekalian Imagine bahawa ratusan penduduk Rohingya mengalami trauma setelah tntera Thailand mengusir mereka dengan10 buah kapal kayu tanpa enjin ke lautan luas?.

Disamping dua kapal yang mendarat ke Indonesia, satu kapal lainnya mendarat di India dan satu lagi mendarat di Thailand.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian bahawa penduduk Rohingya yang terdampar di Indonesia, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, dengan luka-luka,tidak kurang ada yang patah tulang dan penyakit lainnya yang disebabkan oleh kekejaman tentera kafir Thailand.

Wahai Syababul Islam adakah kau lupa? Ataupun buat-buat lupa? Atau memang tidak kisah dengan masalah umat? Kalau begitu memang sah Virus ke'ANA'nian membarah di jiwa kita.

 

 

 

Ditulis Oleh : rijal88 // 4:03 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.