Tuesday, February 3, 2009

Kerajaan Uthmaniah Dan Kota Konstantinople


Terkenang Nostalgia 8 Tahun Yang Lalu

“Sebelum kita memulakan matapelajaran Sirah. Insyaallah, hari ini ustazah akan test perkataan arab yang telah kamu semua hafal…”. kata Ustazah. Beliau memang suka menguji vocabulary pelajar-pelajarnya sebelum memulakan pelajaran. Bukan apa, cuma beliau ingin memastikan semua pelajarnya fasih berbahasa arab.

“Haa Mustakim, Ustazah nak kamu sebutkan pen, buku dan pintu dalam bahasa arab..” Soal ustazah.

“Pen-Qolamun, Buku-Kitaabun, Pintu…err pintu??Psstt.. Amin, Amin, pintu dalam bahasa arab apa?”.

“Pintu? Jap, jap nak check…haa Pintu-Baabun”. Amin cuba membackup mustakim.

“Esh jangan percaye dengan Amin tu. Bukan ke Baboon tu spesis beruk?”. Saya cuba menimbulkan ke’confius’an.

“Habis tu apa???”.Mustakim dikuasai kekalutan.

“Kalau tak silap aku pintu dalam bahasa arab ialah ‘Ad-Doorun’..hehehe ”.Saya memberi jawapan dengan tujuan mengenakan Mustakim.

“Pintu- Ad-Doorun”. Mustakim menjawab dengan penuh confident tanpa rasa was-was sedikit pun.

“Ha?apa?..Masyaallah siapa yang ajar kamu Ta’bir ni?!”. Ustazah tercengang namun masih mampu megukir senyuman. Begitulah situasi kemeriahan kelas kami setiap kali sebelum memulakan sesi pembelajaran,

Nostalgia tersebut berlaku semasa saya masih belajar di Safful Awwal Al-Qairawan iaitu kira-kira 8 tahun yang lepas. Sebenarnya dulu semasa belajar di Maahad Muhammadi Lelaki matapelajaran Sirah ler yang paling memboringkan. Kontradiksinya, matapelajaran Feqah yang paling saya minati sebab ia berkaitan dengan amalan seharian…pergh. Bukan saya sahaja yang berkata begitu bahkan rakan-rakan seangkatan pun berpendapat sedemikian.Walaubagaimanapun peristiwa tersebut menyimpan seribu satu makna kepada saya sebagai pemangkin untuk explore sirah islam serta tokoh-tokoh besar dalam islam.

Diskusi Buku

Alhamdulillah berbeza situasi sekarang, ada sebuah novel sejarah islam yang bertitle ‘Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel’ hasil coretan pena Abdul Latip Talib yang begitu terkesan di hati saya untuk menghayati sirah perjuangan Jundullah bagi mendaulatkan kalimah Syahadah di muka bumi Allah ini. Insyaallah pada kali ini, secara ringkas saya akan berdiskusi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan buku yang bertitle ‘Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel’.

Sejarah Kerajaan Usmaniah

· Sejarah kerajaan Usmaniah bermula pada abad ke 13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melarikan diri daripada Tentera Mongol hingga ke Anatolia. Ketika itu terdapat 2 kerajaan besar yang bermusuhan iaitu kerajaan Romawi di Byzantium dan Dinasti Saljuk di Iconium yang diperintah oleh Sultan Alauddin.


· Apabila berlaku peperangan antara Romawi dengan Dinasti Saljuk, Ertoghul menyebelahi Sultan saljuk dan mereka berjaya menewaskan tentera Romawi. Rentetan daripada itu, Sultan Alauddin menghadiahkan Wilayah Anatolia kepada Erthoghul sebagai membalas budi.


· 1288 –Ertoghul mangkat lalu digantikan oleh puteranya,Usman. Daripada nama inilah wujudnya Daulah Usmaniah.


· 1300 –Kerajaan Dinasti saljuk dijatuhkan oleh Tentera Mongol sekali lagi.


· 1326 –Sultan Usman mangkat dan digantikan oleh puteranya,Orhan Ghazi. Beliau telah menjadikan Bursa sebagai ibu kotanya.


· 1359-1389 –Kerajaan Usmaniah diperintah oleh Sutan Murad. Beliau telah Berjaya menawan Adranah(1361), Sofia(1383) dan Kosovo(1389). Beliau telah memindah pusat pemerintahan ke Edirne.


· 1393-1403 –Sultan Beyazid menggantikan ayahandanya. Beliau meluaskan lagi pemerintahannya dengan menawan Bulgaria, Perancis dan Jerman pada tahun 1393.


Sejarah Konstantinopel


· Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Konstantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi.


· 1054 –Kerajaan berpecah dua, satu di Rom yang dikenali bermazhab Kristian Roman Katholik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Orthodoks.


Usaha Penaklukan Kota Konstantinopel


· 34 H – Khalifah Saidina Ali


· 84 H – Muawiyah bin Abi Sufian


· 165 H – Sultan Harun al-Rasyid


· 1391, 1397, 1400 M – Sultan Beyazid. Kesemua usaha mereka bertemu kegagalan kecuali;


· 29 hb Mei 1435 M/ 20 Jamadil Awal 857 H – Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Kota Konstantinopel sekaligus membebaskan kota tersebut daripada kuasa Taghut dan kegelapan kejahilan.


Biografi Sultan Muhammad Al-Fateh


· Dilahirkan pada 27 Rejab 835/ 29 Mac 1432.


· Ketika berumur 19 tahun beliau menggantikan ayahnya Sultan Murad.


· Ketika berumur 21 tahun beliau berjaya menakluk Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.


· Beliau menukarkan nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul(Islam keseluruhannya) lalu menjadikannya sebagai ibu kota baginda.


· Kemudian beliau meneruskan misi menakluk Serbia(1460), Bosnia(1462). Seterusnya beliau Berjaya menakluki Itali, Hungary dan Jerman.


· Ketika kemuncaknya, beliau berjaya menakluki 25 buah negeri.


· Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 iaitu semasa berumur 49 tahun akibat diracun oleh seorang Yahudi yang bernama Maesto Jakopa. Ketika itu beliau dalam perjalanan untuk menakluki Kota Rhodesia.

Ditulis Oleh : rijal88 // 11:27 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.