Wednesday, February 4, 2009

Nasrun Minallah!!!


Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong(Agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu”(Muhammad: 7) Sesungguhnya firman Allah tersebut menjadi salah satu daripada Motivation kepada pendokong-pendokong Islam dan bagi mereka yang full-time mewakafkan diri mereka ke jalan Allah. Masih segar diingatan saya bahawa ayat tersebut selalu diulang-ulang oleeh ustaz-ustaz dan sahabat seperjuangan sebagai Taujihat bagi para Du’at. Saya seperti insan-insan yang biasa yang selalu memerlukan Catalyst untuk terus tsabat di jalan yang penuh mehnah dan tribulasi ini. Walaubagaimanapun, moga-moga Allah menempatkan kita sebaris para Syuhada’ dan kalangan mereka yang cintakan jalan dakwah. Sehari dua ini saya tertarik dengan kejadian yang boleh dianggap tidak logik dek akal kalau difikirkan dengan keterbatasan fikiran kita. Namun bukan mustahil bagi Allah s.w.t Fakta Kes yang ingin saya kemukakan adalah berkenaan dengan kejadian yang berlaku kepada seorang mujahid Hamas semasa serangan Zionis di Semenanjung Gaza….So, ikutilah

Bukti Pertolongan Allah

Dilaporkan Dr Hisam Az Zighah telah menunjukkan bukti berkenaan dengan beberapa peluru, Mushaf Al-Quran serta buku wirid doa-doa. Al-Kisah bermula dengan datangnya seorang pejuang yang cedera parah di Hospital As Syifa', lalu doktor tersebut melakukan pemeriksaan. Namun semasa proses pemeriksaan kesihatan sedang dilakukan, doktor tersebut dikejutkan
dengan beberapa peluru yang telah ia ditemukan bersarang di saku Mujahid tersebut. Tambahan pula, dilaporkan peluru tersebut gagal menembusi jantung pejuang tersebut. Tahukah sebabnya???sebabnya keranan ia terhalang oleh sebuah buku wirid doa dan mushaf Al-Quran yang selalu berada di saku Mujahid tersebut...MasyaAllah!!.

Selain itu,apa yang lebih menakjubkan adalah buku wirid doa itu berlubang kesan daripada tembakan peluru tanpa menembusi badan mujahid tersebut, manakala hanya muka depan Al-Quran sahaja yang rosak sedangkan sedang isinya masih berkeadaan baik...Allahuakbar!!

Wahai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian begitulah antara bentuk pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Oleh itu wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian yakinlah dengan pertolongan Allah...Moga-moga kita terus Tsabat dan Istiqamah di atas landasan perjuangan ini.

SALAM PERJUANGAN...SALAM JUNDULLAH

Ditulis Oleh : rijal88 // 4:17 PM
Kategori:

0 comments:

Followers

 
Powered by Blogger.